Loading...

Kanak-kanak Maut Disengat Lebih 60 Tebuan Ketika Main Sorok-sorok

Loading...
Kanak-kanak Maut Disengat Lebih 60 Tebuan Ketika Main Sorok-sorok - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kanak-kanak Maut Disengat Lebih 60 Tebuan Ketika Main Sorok-sorok, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kanak-kanak Maut Disengat Lebih 60 Tebuan Ketika Main Sorok-sorok
link : Kanak-kanak Maut Disengat Lebih 60 Tebuan Ketika Main Sorok-sorok

Baca juga


Kanak-kanak Maut Disengat Lebih 60 Tebuan Ketika Main Sorok-sorok


Besut – Seorang kanak-kanak yang disengat tebuan semalam ketika bermain sembunyi-sembunyi di kawasan hutan pokok gelam berhampiran rumahnya di Kampung Benting Lintang, meninggal dunia hari ini.

Mangsa, Muhammad Adrian Aiman Mohd Rosmin, murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan (SK)Benting Lintang, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Kota Bharu, Kelantan.

Bapa mangsa, Mohd Rosmin Ong Bo Jit @ Hussin,30, berkata, kejadian berlaku ketika anak sulungnya itu sedang bermain bersama rakan-rakan.

“Waktu itulah dia bersama empat yang lain diserang tebuan yang bersarang di atas pokok, dan anak saya paling banyak kena sengat di seluruh badan, kaki dan muka oleh lebih 60 ekor tebuan.

“Anak saudara saya hantar dia pulang ke rumah dengan motosikal kira-kira pukul 6.45 petang.

“Keadaannya ketika itu sudah lemah namun masih boleh bercakap,” katanya yang ditemui di rumahnya petang tadi.

Mohd Rosmin memberitahu, dia bersama isterinya, Nor Azah Hamid, 27, terus kejarkan anaknya ke Hospital Besut dengan kereta.

Menurut pemandu lori itu, memandangkan keadaan anaknya semakin teruk, Muhammad Adrian Aiman dirujuk ke Hospital Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Mohd Rosmin berkata, dia dan isteri sebelum itu beranggapan anaknya beransur pulih kerana pihak hospital memberitahu keadaan stabil namun bermula pagi ini keadaannya kritikal kerana buah pinggangnya tidak berfungsi.

“Pada pukul 11 pagi, doktor mengesahkan Muhammad Adrian Aiman meninggal akibat kegagalan jantung berfungsi setelah bisa puluhan tebuan yang menyelirap di segenap salur darahnya,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE


Thus Article Kanak-kanak Maut Disengat Lebih 60 Tebuan Ketika Main Sorok-sorok

Itulah artikel Kanak-kanak Maut Disengat Lebih 60 Tebuan Ketika Main Sorok-sorok Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kanak-kanak Maut Disengat Lebih 60 Tebuan Ketika Main Sorok-sorok dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/kanak-kanak-maut-disengat-lebih-60.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kanak-kanak Maut Disengat Lebih 60 Tebuan Ketika Main Sorok-sorok"

Catat Ulasan

Loading...