Loading...
Tajuk : Kemalangan Ngeri. Mangsa Hancur Terbelah Dua Akibat Digilis Beberapa Kenderaan..
link : Kemalangan Ngeri. Mangsa Hancur Terbelah Dua Akibat Digilis Beberapa Kenderaan..
Kemalangan Ngeri. Mangsa Hancur Terbelah Dua Akibat Digilis Beberapa Kenderaan..
KONTRAKTOR maut digilis kenderaan selepas motosikal berkuasa tinggi dinaiki terbabit dalam kemalangan di KM26.9 Projek Lebuhraya Utara Selatan(PLUS) arah selatan berdekatan Kulai, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, kejadian 9.30 pagi itu mengakibatkan mangsa, Moh Halmi Haroon, 53, maut di tempat kejadian.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang BMW S1000RR hilang kawalan dan gagal mengelak kereta yang bergerak di lorong sebelah kanan jalan menghala ke Johor Bahru.
"Mangsa melanggar tepat bahagian belakang kereta dan tercampak ke lorong sebelah kiri jalan," katanya.
Mangsa kemudiannya dipercayai digilis oleh beberapa kenderaan tidak diketahui yang melalui jalan itu menyebabkan mayat mangsa hancur.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulai," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes masih dalam siasatan polis.
Sumber: Harian Metro
Thus Article Kemalangan Ngeri. Mangsa Hancur Terbelah Dua Akibat Digilis Beberapa Kenderaan..
Itulah artikel Kemalangan Ngeri. Mangsa Hancur Terbelah Dua Akibat Digilis Beberapa Kenderaan.. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kemalangan Ngeri. Mangsa Hancur Terbelah Dua Akibat Digilis Beberapa Kenderaan.. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/kemalangan-ngeri-mangsa-hancur-terbelah.html
0 Response to "Kemalangan Ngeri. Mangsa Hancur Terbelah Dua Akibat Digilis Beberapa Kenderaan.."
Catat Ulasan