Loading...

Kes Gatco: SPRM 'panjat' pejabat SUK N Sembilan

Loading...
Kes Gatco: SPRM 'panjat' pejabat SUK N Sembilan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kes Gatco: SPRM 'panjat' pejabat SUK N Sembilan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kes Gatco: SPRM 'panjat' pejabat SUK N Sembilan
link : Kes Gatco: SPRM 'panjat' pejabat SUK N Sembilan

Baca juga


Kes Gatco: SPRM 'panjat' pejabat SUK N Sembilan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan mendapatkan pengesahan berhubung isu pertikaian pemilikan tanah di Kampung Serampang Indah, yang dahulunya dikenali sebagai Ladang Gatco, di Jempol.

Sumber SPRM berkata pihak SUK sedang membantu mengesan fail-fail berkaitan.

Tinjauan Bernama di Wisma Negeri hari ini mendapati empat pegawai SPRM menuju ke pejabat Unit Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di tingkat empat bangunan itu pada kira-kira 10.45 pagi.

Mereka kemudian dilihat keluar dari perkarangan pejabat SUK kira-kira 2 jam kemudian.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad pada Ahad lepas berkata agensi itu akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat aduan penduduk Kampung Serampang Indah berhubung isu penjualan tanah ladang berkenaan.

Jawatankuasa itu akan meneliti semua dokumen yang disertakan dalam aduan Badan Bertindak Peneroka Gatco, namun ia akan mengambil masa memandangkan perkara tersebut berlaku 40 tahun lepas.

Antara lain, badan bertindak penduduk kampung itu mendakwa terdapat penyelewengan dalam penjualan tanah tersebut kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd pada 2007 memandangkan syarikat berkenaan hanya membayar RM16 juta sedangkan nilai pasaran semasa adalah sekitar RM500 juta.

Rentetan kes Gatco bermula selepas pemilik asal tanah seluas 2,000 hektar berkenaan, Syarikat Gula Negeri Sembilan ditutup, ladang tebu terbabit dilupuskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) secara pajakan 99 tahun.

PKNNS kemudian memajakkan tanah itu selama 66 tahun kepada syarikat The Great Allonioners Trading Corporation Bhd (Gatco) pada 1977 yang menjadikannya sebagai tanah rancangan dengan membawa masuk peserta yang ditawarkan tapak rumah dan tanah kebun seluas 10 ekar (4 hektar) dengan bayaran antara RM4,000 dan RM7,000 seorang.

Pada awalnya ladang tersebut dirancang untuk dijadikan ladang getah, namun Gatco menghadapi masalah kewangan menyebabkan projek itu terbengkalai dan tanah tersebut dirampas sebelum ditawarkan dalam lelongan awam pada 2004 dan dibeli oleh Thamarai Holdings pada 2007. -Bernama




Thus Article Kes Gatco: SPRM 'panjat' pejabat SUK N Sembilan

Itulah artikel Kes Gatco: SPRM 'panjat' pejabat SUK N Sembilan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kes Gatco: SPRM 'panjat' pejabat SUK N Sembilan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/kes-gatco-sprm-panjat-pejabat-suk-n.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes Gatco: SPRM 'panjat' pejabat SUK N Sembilan"

Catat Ulasan

Loading...