Loading...

KL2017: Kami di tahap terbaik jumpa Indonesia - Adib

Loading...
KL2017: Kami di tahap terbaik jumpa Indonesia - Adib - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KL2017: Kami di tahap terbaik jumpa Indonesia - Adib, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : KL2017: Kami di tahap terbaik jumpa Indonesia - Adib
link : KL2017: Kami di tahap terbaik jumpa Indonesia - Adib

Baca juga


KL2017: Kami di tahap terbaik jumpa Indonesia - Adib



Jumaat, 25 Ogos 2017 | 4:52pm
 
KAPTEN skuad B-22 negara, Adib Zainudin (kiri) mahu memastikan Indonesia tidak sewenang-wenangnya menembusi pertahanan mereka dalam pertemuan separuh akhir di Stadium Shah Alam, malam esok. - Foto Luqman Hakim Zubir
KL2017: Kami di tahap terbaik jumpa Indonesia - Adib
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
           
PETALING JAYA: "Kami tak mahu bolos!

Itu tekad kapten skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Adib Zainudin yang mahu memastikan Indonesia tidak sewenang-wenangnya menembusi pertahanan mereka dalam pertemuan separuh akhir di Stadium Shah Alam, malam esok.

Malaysia mencatat rekod bersih empat kemenangan berturut-turut untuk mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan A, namun mereka gagal mempertahankan kubu daripada dibolosi dalam semua perlawanan itu.

Malah gol yang dibolosi ketika menang 2-1 dengan Brunei dan Singapura serta menang 3-1 ke atas Myanmar dan Laos adalah kesilapan pemain sendiri.

Bagi Adib yang bakal bertindak sebagai pemain pertahanan bersama Irfan Zakaria dan Adam Nor Azlin mahu agar mereka lebih fokus kali ini.

"Ini perlawanan lebih sukar, saya dan rakan-rakan yang lain perlu elak daripada melakukan kesilapan mudah. Kita kena bekerja keras untuk memastikan gawang kita tidak dibolosi.

"Pemain sekarang berada di tahap terbaik dan saya percaya siapa saja yang akan diturunkan sudah bersedia untuk menggalas tanggung jawab masing-masing," katanya.

Adib, 22, yang kini mewakili kelab FELCRA FC antara tonggak ketika menewaskan Indonesia 3-0 di kelayakan Kejohanan AFB B-23 di Bangkok bulan lalu dan dia tahu ancaman yang boleh diberikan oleh pasukan lawan itu.

"Mereka mempunyai penyerang yang bagus dari segi fizikal, dan bahagian sayap kiri dan kanan juga perlu diawasi. Kita hanya perlu mengikut taktikal yang diberikan oleh jurulatih (Datuk Ong Kim Swee) dan saya percaya kita ada peluang untuk ke final," katanya
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 25 Ogos 2017 | 4:52pm


Thus Article KL2017: Kami di tahap terbaik jumpa Indonesia - Adib

Itulah artikel KL2017: Kami di tahap terbaik jumpa Indonesia - Adib Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel KL2017: Kami di tahap terbaik jumpa Indonesia - Adib dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/kl2017-kami-di-tahap-terbaik-jumpa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KL2017: Kami di tahap terbaik jumpa Indonesia - Adib"

Catat Ulasan

Loading...