Loading...

Lelaki maut disambar petir

Loading...
Lelaki maut disambar petir - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lelaki maut disambar petir, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lelaki maut disambar petir
link : Lelaki maut disambar petir

Baca juga


Lelaki maut disambar petir





Lelaki maut disambar petir
Mayat mangsa ditemui anaknya sendiri di lokasi kejadian di tempat pelupusan sampah Batu 22 setelah maut di sambar petir.
 
 
HULU TERENGGANU - Seorang lelaki yang mencari rezeki sebagai pengumpul barang terpakai maut disambar petir di tempat pembuangan sampah di Batu 22 (Jalan Ajil - Kuala Berang), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa, Mat Junoh Mamat,51, daripada Batu 21, Kg Merbau Pulas, Ajil ditemui telah meninggal dunia oleh anaknya sendiri yang keluar mencari mangsa  setelah bapanya tidak pulang ke rumah sebagaimana waktu sepatutnya.

"Lebih kurang 7.25 petang(11Ogos11), pihak polis telah terima panggilan telefon daripada orang awam menyatakan terjumpa mayat seorang lelaki di tempat pembuangan sampah di Batu 22.Pemeriksaan awal polis mendapati terdapat kesan melecur pada kulit di bahagian leher, tangan dan perut mangsa.

"Sementara itu, berdasarkan keterangan keluarga Mat Junoh, mangsa dikatakan keluar bekerja pada jam 8 pagi semalam (kelmarin) dan  kebiasaannya akan pulang ke rumah sekitar jam 5 petang. Namun, pada hari kejadian mangsa tidak pulang-pulang ke rumah meskipun sudah senja.

"Anak mangsa, Sabri Mat Junoh telah keluar mencari di kawasan pelupusan sampah berkenaan sebelum menemui ayahnya telah meninggal dunia dalam keadaan terlentang berdekatan dengan sebuah pondok di tempat kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan hasil bedah siasat dijalankan jam 10 pagi tadi(semalam) disahkan sebab kematian adalah disambar petir.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Polis juga menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan turut peka pada keadaan cuaca bagi elakkan sebarang perkara tidak diingini," katanya.



Thus Article Lelaki maut disambar petir

Itulah artikel Lelaki maut disambar petir Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lelaki maut disambar petir dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/lelaki-maut-disambar-petir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lelaki maut disambar petir"

Catat Ulasan

Loading...