Loading...

Lelaki Tidak Mandi Sejak 60 Tahun Lalu Ini Ingin Cari Jodoh

Loading...
Lelaki Tidak Mandi Sejak 60 Tahun Lalu Ini Ingin Cari Jodoh - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lelaki Tidak Mandi Sejak 60 Tahun Lalu Ini Ingin Cari Jodoh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lelaki Tidak Mandi Sejak 60 Tahun Lalu Ini Ingin Cari Jodoh
link : Lelaki Tidak Mandi Sejak 60 Tahun Lalu Ini Ingin Cari Jodoh

Baca juga


Lelaki Tidak Mandi Sejak 60 Tahun Lalu Ini Ingin Cari Jodoh


Naluri menyukai wanita memang sudah menjadi fitrah bagi lelaki normal tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, tampan atau hodoh mahupun bersih atau kotor. Begitu juga Amour Haji si jejaka tua berusia 80 tahun pemegang rekod paling lama tidak mandi ini tidak terkecuali.

Atas sebab-sebab tertentu semasa berusia 20 tahun, Amou Haji kecewa dengan kehidupannya. Entah di mana silapnya sejak itu dia tidak pernah mandi. Pejam celik tidak sedar sudah 60 tahun dia berpatah arang dengan bilik mandi!

Apabila ditanya mengapa tidak mandi, alasannya cukup pelik! Kononnya dia alah kepada kebersihan diri. Kalau mandi dia akan sakit. Hidup dalam keadaaan daif, busuk, hapak dan selekeh tidak menjadi masalah baginya.

Tapi hidup terasing bersendirian ternyata membuat dia kesunyian. Tidak ada tempat mengadu, tidak ada teman berbicara. Sepatutnya dalam usia senja begini dirinya harus dikelilingi anak cucu bersama isteri tercinta.


Siapa tidak mahu kahwin? Semua lelaki mahu kahwin. Bagi Amou memang tipulah kalau tidak memiliki nafsu dan naluri ingin dibelai wanita atau sekurang-kurangnya teman berbicara dan bergurau senda. Dia mengaku ingin sekali mencari pasangan hidup yang dapat menerima keadaan dirinya.

Tapi harus bersyarat! Bakal calon pasangan harus dapat menerima cara hidupnya. Jadi kalau ada yang berminat dipersilakan baca serba sedikit kisah hidup dan rutin hariannya. Semoga bermanfaat untuk dijadikan rujukan. Siapa tahu anda bernasib baik menjadi jodohnya.

Perkara paling utama dan mandatori, jangan sekali-kali menyuruhnya mandi. Soal mandi tidak ada kompromi baginya, sebab tubuh yang bersih akan membuatnya sakit. Marah betul dia kalau ada orang menyuruhnya mandi.

Dalam soal makan dia tidak begitu cerewet. Sekadar makan ala kadar pun sudah mencukupi. Makanan kegemarannya pun cukup sederhana tapi mungkin sukar dimakan bagi orang lain… daging reput, terutama landak reput! Ya! Bagi Amou daging landak reput yang dipanggang sangat lazat.


Kalau haus tidak menjadi masalah. Setiap hari Amou sentiasa memastikan bekas tin minyak berkarat 5 liter miliknya sentiasa berisi air.

Pada waktu lapang masanya banyak diisi dengan melakukan aktiviti kegemaran; duduk berehat sambil menghisap paip tembakau istimewa yang dibuat sendiri dari najis kering binatang ternakan orang kampung!

Bersantai sambil menghisap paip memang mengasyikkan. Kadang-kadang teringat zaman remajanya yang penuh kekecewaan sehingga terjerumus hidup ke lembah daif dan terasing seperti sekarang.

Dulu dia tinggal di kampung Dejgah selatan wilayah Fars, Iran. Pada suatu hari sekumpulan lelaki muda menawarkan diri untuk memandikannya – nasib menyebelahi dirinya apabila berjaya melarikan diri! Selepas itu dia tinggal di pinggiran kampung.


Pada waktu malam dia akan tidur di dalam lubang sebesar kubur atau berteduh di pondok bata dibina khas oleh orang kampung buat dirinya.

Walaupun tidak mandi, jangan sangka Amou Haji tidak menjaga penampilan diri. Apabila ingin kelihatan kemas, dia menggunakan cermin kereta untuk mengemaskan penampilan wajah.

Rambut panjang tiada masalah. Cuma perlu gunakan api untuk membakar hujung rambut bagi memendekkannya. Kadang-kadang dia memakai helmet tentera terutama pada musim sejuk.

Jadi buat para pembaca terutama wanita kesepian, apa pandangan kamu?

Sumber: Geng Viral


Thus Article Lelaki Tidak Mandi Sejak 60 Tahun Lalu Ini Ingin Cari Jodoh

Itulah artikel Lelaki Tidak Mandi Sejak 60 Tahun Lalu Ini Ingin Cari Jodoh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lelaki Tidak Mandi Sejak 60 Tahun Lalu Ini Ingin Cari Jodoh dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/lelaki-tidak-mandi-sejak-60-tahun-lalu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lelaki Tidak Mandi Sejak 60 Tahun Lalu Ini Ingin Cari Jodoh"

Catat Ulasan

Loading...