Loading...

Majlis Bersiram Penuh Istiadat

Loading...
Majlis Bersiram Penuh Istiadat - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Majlis Bersiram Penuh Istiadat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Majlis Bersiram Penuh Istiadat
link : Majlis Bersiram Penuh Istiadat

Baca juga


Majlis Bersiram Penuh Istiadat


MAJLIS Bersiram Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suaminya, Dennis Muhammad Abdullah dilakukan penuh istiadat Diraja Johor di Bukit Bintang, Istana Besar, hari ini.

Pasangan pengantin Diraja itu yang mengenakan Baju Melayu dan Baju Kurung Teluk Belanga biru muda tiba di Istana Besar pada 4 petang sempena Istiadat Perkahwinan Pengantin Diraja.

Tunku Tun Aminah dan suami kemudian bersemayam di peterana Panca Persada setinggi sembilan tingkat yang dibina di puncak Bukit Bintang, Istana Besar.

Majlis Bersiram dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin, disusuli istiadat menepung tawar disempurnakan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Berangkat menyaksikan majlis berkenaan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar,Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam serta paduka-paduka anakanda yang lain.

Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad kemudian turun dari Panca Persada dan meninggalkan Majlis Bersiram pada 4.45 petang, sebelum majlis bersurai dengan bacaan doa oleh Mufti Johor.

Sumber: Harian Metro


Thus Article Majlis Bersiram Penuh Istiadat

Itulah artikel Majlis Bersiram Penuh Istiadat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Majlis Bersiram Penuh Istiadat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/majlis-bersiram-penuh-istiadat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Majlis Bersiram Penuh Istiadat"

Catat Ulasan

Loading...