Loading...

Menurut Kajian Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki

Loading...
Menurut Kajian Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Menurut Kajian Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Menurut Kajian Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki
link : Menurut Kajian Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki

Baca juga


Menurut Kajian Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki


Para lelaki pada umumnya, ramai rasa bangga apabila disamakan seperti buaya darat. Wanita pula, walaupun memang sudah jelas gatal, dia akan tetap marah apabila diperkatakan seperti itu.

Status gatal atau perasan terlalu universal untuk dilabelkan. Seperti tiada maruah bagi seorang wanita apabila dilabelkan seperti itu sedangkan realiti buat diri mereka.

Memetik satu sumber, lebih 50% perhubungan bermula daripada wanita yang memberi reaksi positif, meminta untuk didekati dan mengharap ada lanjutan daripada seorang lelaki.

Lelaki turut tidak kurang sama, biasanya lelaki tidak akan menunjukkan rasa minat yang ketara atau nampak terhegeh-hegeh walaupun jatuh hati dan menyukai seseorang wanita itu berbanding pula wanita yang lebih mudah mengukir senyuman apabila hatinya tersentuh.

Hakikatnya, tiada perbezaan ketara dalam soal ‘gatal’ ini. Ya, lelaki miang itu sangat ramai, namun wanita gatal juga tiada kurangnya. Bezanya, lelaki tidak segan silu memperlihatkan sikap miang sedangkan wanita sedaya upaya menyembunyikannya.

Siapa wanita gatal?

Gadis di sekolah menengah adalah golongan paling cepat memberikan reaksi jika diusik lelaki. Cinta monyet zaman persekolahan adalah fasa permulaan.

Lebih kronik, ada kalanya ada yang tidak boleh terlepas daripada gelaran sebegitu adalah golongan setiausaha. Stigma yang melekat pada masyarakat kita kerjaya ini acap kali dikaitkan dengan identiti wanita yang gatal.

Andaian ini disebabkan kerjaya setiausaha selalunya memerlukan beberapa kriteria seperti cantik, bergaya dan bijak berkomunikasi terutamanya dengan majikan yang kebanyakannya lelaki yang sudah berkahwin.

Kerana itu juga mereka mudah dikaitkan menjalin hubungan atau menyimpan strategi untuk memancing selera majikan masing-masing ketika bekerja memandangkan lebih 80 peratus rutin tugasan mereka perlu bersama majikan itu.

Seorang setiausaha akan mengendalikan semua fungsi kesetiausahaan termasuk kerja-kerja memfailkan dokumen, menyemak surat-menyurat, mengendali panggilan telefon, mengatur mesyuarat serta menyambut tetamu ketuanya.

Oleh kerana sentiasa berurusan dengan pihak luar khususnya para pelanggan syarikat atau organisasi, seorang setiausaha perlu memiliki perwatakan menarik dan inilah salah satu elemen yang menyebabkan kebanyakan bos mudah terpikat kepada setiausahanya sendiri.

Jangan tipu, isteri kepada majikan pastinya akan muncul rasa cemburu atau paling tidak mencurigai keadaan itu kerana ada kalanya setiausaha perlu kerja lebih masa dan meluangkan masa dengan majikan mereka.

Isu mengenai cinta gelap antara setiausaha dengan bos lelaki ini masih menjadi persoalan dan pertikaian jika topik mengenai pejabat diutarakan.

Bagaimanapun setiausaha tidak semestinya seorang wanita. Lelaki juga boleh melaksanakan tugas ini malah ada kalanya lebih baik. Lihatlah setiausaha persatuan, setiausaha surau dan masjid, malah setiausaha negara adalah seorang lelaki.

Dilihat mengapa stigma ini berlaku, ini berpunca dari sikap sesetengah setiausaha itu sendiri. Tidak dinafikan, banyak kes timbul membabitkan setiausaha wanita dengan majikan lelaki.

Bos lelaki sanggup curang dengan isteri dan anaknya. Setiausaha cantik dan bergaya, lebih faham masalah dan tekanan membuat majikan lelaki lebih selesa dengan layanan berbanding isteri yang mungkin tidak memahami.

Penyelesaiannya? Sukar untuk menyelesaikan masalah ini kerana semuanya bergantung kepada diri sendiri. Lebih baik jika majikan lelaki dibantu oleh setiausaha lelaki atau wanita yang sudah pun berkahwin dan mempunyai komitmen keluarga.

Kalau majikan wanita, pasti lebih mudah kerana jarang kita mendengar kisah setiausaha lelaki menjalin hubungan dengan majikan wanita memandangkan wanita yang memegang status majikan akan lebih serius dan komited terhadap tugasnya.

‘Lady boss’ adalah gelaran untuk majikan wanita yang hampir kesemuanya tegas dan tidak akan melakukan benda remeh di pejabat, sebaliknya mereka bersikap fokus pada tanggungjawab.

Justeru, jagalah peribadi dan tingkah laku kerana setiap pergerakan anda diperhatikan. Apa saja dilakukan pastinya menjadi tanggapan dan mudah dinilai.



Thus Article Menurut Kajian Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki

Itulah artikel Menurut Kajian Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Menurut Kajian Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/menurut-kajian-wanita-sebenarnya-lebih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Menurut Kajian Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki"

Catat Ulasan

Loading...