Loading...
Tajuk : NABY KEITA PEMAIN LIVERPOOL MUSIM 2018/19
link : NABY KEITA PEMAIN LIVERPOOL MUSIM 2018/19
NABY KEITA PEMAIN LIVERPOOL MUSIM 2018/19
Credit pic goal.com |
Duit memang bukan masalah bagi syarikat pengeluar minimuan tenaga dari Austria itu. Mereka mampu nak buat macam PSG gunakan kuasa duit. Tetapi etika syarikat kolongmerat itu dasarnya adalah setiap perancangan kewangan kena disiplin. Mereka juag tak mampu nak kurung Keita yang memang dah takda hati nak kekal kat Leipzig.
Jadi situasi menang-menang untuk memuaskan ketiga-tiga parti, ialah jual kepada Liverpool, dengan syarat tangguhan musim berikutnya. Dengar cakap walaupun klausa £48juta, Liverpool bayar deposit sikit dulu untuk cop dulu Keita supaya taknak musim depan kelab boleh sailang. Dalam keterpaksaan, Red Bull terpaksa akur yang mereka hanya mampu dapat menagih keringat Keita buat kali terakhir musim ni.
Bila dah jadi pemain kita , barulah boleh cerita sedikit apa yang Klopp tergila-gila sangat mamat pendek hitam manis ni. Keita boleh dibanding macam Luca Modric terlalu berkebolehan sebagai pemain tengah lengkap. Statistik serangan macam Lallana. Kebolehan menggelecek selincah Coutinho. Keberkesanan membantu pertahanan lebih dari Emre dan Hendo digabungkan dan lebih pelbagai dari Gini yang ada kekurangan menyumbat gol.
Kita terpaksa tunggu lebih 300 hari untuk tengok Keita bersama skuad kita. Macam orang bertunang, boleh tengok dari kejauhan dulu, nak berasmara tunggu malam kenduri. Jadi dengan rasminya abam akan jadikan Red Bull Leipzig sebagai pasukan angkat dalam perlawanan di Bundesliga dan juga Liga Juara-Juara. Apapun abam ucapkan tahniah kepada FSG. Setelah dikecam akhirnya mereka mahu juga berbelanja.
Thus Article NABY KEITA PEMAIN LIVERPOOL MUSIM 2018/19
Itulah artikel NABY KEITA PEMAIN LIVERPOOL MUSIM 2018/19 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel NABY KEITA PEMAIN LIVERPOOL MUSIM 2018/19 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/naby-keita-pemain-liverpool-musim-201819.html
0 Response to "NABY KEITA PEMAIN LIVERPOOL MUSIM 2018/19"
Catat Ulasan