Loading...

Nazri gelar Perkasa kumpulan rasis

Loading...
Nazri gelar Perkasa kumpulan rasis - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nazri gelar Perkasa kumpulan rasis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nazri gelar Perkasa kumpulan rasis
link : Nazri gelar Perkasa kumpulan rasis

Baca juga


Nazri gelar Perkasa kumpulan rasis

 
Menteri berkata Perkasa berfikiran sempit dan tidak mewakili sesiapa.


nazri-aziz-perkasa-Syed-Hassan-Syed-Ali

SHAH ALAM: Menteri Pelancongan dan Budaya Datuk Seri Nazri Aziz menuduh Perkasa dipenuhi rasis selepas gerakan hak Melayu itu membidas majlis pelancaran Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam kenyataan menyifatkan acara pelancaran itu sebagai “terlalu China”.

Gerakan itu mendakwa majlis yang dihadiri pegawai tinggi kerajaan China dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukti negara “dijajah” melalui ekonomi.

Projek RM55 bilion itu dengan laluan sepanjang 668km dibina dan dibiaya firma milik kerajaan China. ECRL dijangka siap 2024.

Nazri menjawab kenyataan Syed Hassan itu dengan berkata Perkasa berfikiran sempit dan tidak mewakili sesiapa.

“Mereka tidak penting. Mereka bersikap perkauman dan kita tidak bertoleransi dengan orang seperti itu di negara ini,” katanya pada sidang akhbar di I-City hari ini.

Syed Hassan dalam kenyataannya turut menyentuh mengenai bahasa Mandarin yang digunakan pengacara majlis, yang disifatkan sebagai perkara “malang”.

“Mungkin dia dibawa dari China. Inilah permulaan penafian status Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara,” kata Syed Hassan.

Bagaimanapun Nazri berkata dunia bertutur dalam pelbagai bahasa dan tiada masalah berbicara dalam bahasa selain Bahasa Melayu.

“Saya bertutur dalam Bahasa Inggeris sekarang, mereka mahu kecam saya? Teruskan.

“Jika saya berpeluang mengundurkan masa, saya akan belajar bertutur dalam bahasa Mandarin.”



Thus Article Nazri gelar Perkasa kumpulan rasis

Itulah artikel Nazri gelar Perkasa kumpulan rasis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nazri gelar Perkasa kumpulan rasis dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/nazri-gelar-perkasa-kumpulan-rasis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nazri gelar Perkasa kumpulan rasis"

Catat Ulasan

Loading...