Loading...

Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air

Loading...
Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air
link : Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air

Baca juga


Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air

OLEH ERMIZI MUHAMAD

LRA Labohan Dagang


KUALA LANGAT: Selangor menjadi contoh terbaik dalam menguruskan sistem loji rawatan air negeri dengan memperkenalkan inisiatif Off River Storage sebagai kaedah menangani pencemaran air tadahan di loji rawatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS), Ng Sze Han berkata, beberapa negeri di peringkat Persekutuan mula mengaplikasikan kaedah sama sebagaimana dilaksanakan di negeri ini.

“Saya dimaklumkan negeri lain telah menghubungi konsultan dilantik Kerajaan Selangor untuk laksanakan kaedah ini bagi projek loji rawatan air negeri mereka.

“Ini membuktikan bahawa Selangor menjadi sebuah negeri Smart Selangor seiring gagasan Smart State dengan mendahului negeri-negeri lain,” katanya.

LRA Labohan Dagang

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan tinjauan ke tapak lokasi pembangunan Loji Rawatan Labohan Dagang, di sini pagi ini.

Hadir sama, Panel Jawatankuasa JPK-SAS dianggotai Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing, Rajiv Risyakaran; Ahli Dewan Negeri Ijok, Dr Idris Ahmad dan Ahli Dewan Negeri Morib, Hasnul Baharuddin.

Kaedah Off River Storage (ORS) sebelum ini dibangunkan bagi menghubungkan aliran air dari Sungai Langat ke Kolam Pra-Rawatan.

LRA Pelabohan Dagang

Sze Han berkata, pendekatan itu juga tidak memerlukan operasi loji rawatan ditutup sekiranya berlaku pencemaran di aliran Sungai Langat dengan bekalan air sedia ada dapat menampung kapasiti air untuk tempoh tiga bulan.

“Saya yakin pembangunan projek ini dapat mengatasi masalah kekurangan air terawat khususnya di kawasan Selatan Selangor.

“Jika projek ini siap, loji ini akan menampung seluruh kawasan Kuala Langat dan Semenyih tidak lagi tertumpu di kawasan ini sebaliknya fokus kepada kawasan lain seperti Bangi dan Puchong,” katanya.=EZY=



Thus Article Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air

Itulah artikel Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/negeri-lain-contohi-selangor-urus-loji.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Negeri lain contohi Selangor urus loji rawatan air"

Catat Ulasan

Loading...