Loading...

Pemandu Lori Sweetie BNM9967 Ini Telah Menjadi Viral Disebabkan Oleh “Perbuatan” Beliau Terhadap Seorang Wanita!

Loading...
Pemandu Lori Sweetie BNM9967 Ini Telah Menjadi Viral Disebabkan Oleh “Perbuatan” Beliau Terhadap Seorang Wanita! - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pemandu Lori Sweetie BNM9967 Ini Telah Menjadi Viral Disebabkan Oleh “Perbuatan” Beliau Terhadap Seorang Wanita!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pemandu Lori Sweetie BNM9967 Ini Telah Menjadi Viral Disebabkan Oleh “Perbuatan” Beliau Terhadap Seorang Wanita!
link : Pemandu Lori Sweetie BNM9967 Ini Telah Menjadi Viral Disebabkan Oleh “Perbuatan” Beliau Terhadap Seorang Wanita!

Baca juga


Pemandu Lori Sweetie BNM9967 Ini Telah Menjadi Viral Disebabkan Oleh “Perbuatan” Beliau Terhadap Seorang Wanita!


Oleh Nurul Bariah

Seringkali di Facebook, banyak perkara yang dikongsi dan diviralkan berkenaan dengan sifat pentingkan diri, sombong, ambil hak orang lain dan sebagainya.

Hari ini, izinkan saya berkongsi kisah manis yang berlaku pada petang tadi. Lebih manis, di hari ulangtahun kelahiran saya dan hari pertama anak sulung saya, Aisyah mula bersekolah.

Hujan lebat turun di sekitar Shah Alam petang tadi. Saya keluar dari perkarangan sekolah anak di Setia Alam lebih kurang jam 3.50 petang. Hujan masih lebat. Tidak lama keluar dari susur Setia Alam menuju ke Bukit Raja, kenderaan bergerak semakin perlahan sehingga sampai satu saat, langsung tak bergerak. Kalau bergerak pun mungkin satu langkah dewasa sahaja.

Saya post di Shah Alam Residents’s Group, bertanyakan jika ada sesiapa yang tahu mengapa trafik begitu teruk sekali. Rupa-rupanya ada kemalangan di mana ada sebuah treler melintang sebelum Tol Bukit Raja menyebabkan semua lorong ditutup.


Di dalam kerada, ada bonda, Aisyah dan anak kedua, Khadeeja yang sudah lena. Aisyah mula mengadu lapar, mungkin penat dan keletihan selepas hari pertama bersekolah. Saya meminta beliau bersabar namun beliau sudah mula merengek.

Kebetulan ada sebuah lori roti Sweetie di depan. Dalam hujan yang masih agak lebat, saya keluar dari kereta dan pergi mengetuk tingkap lori sebelah pemandu.

“Boleh tak saya nak beli roti? Anak saya lapar,”

Lalu dia menyuruh saya menunggu dalam kereta, beliau akan hantarkan.

Beliau datang memberikan dua jenis roti. Saya hulur RM20 untuk membayar tetapi dia beria-ria tidak mahu mengambil duit tersebut.

“Takpe kak, saya bagi,”

Akhirnya saya mengalah dan mengucapkan terima kasih.


Allahu, sungguh terharu betul. Aisyah gembira dapat makan roti. Saya benar-benar mendoakan beliau dikurniakan rezeki yang berlimpah ruah dan dilindungi perjalanannya sepanjang beliau bekerja.

Anak-anak, bonda dan saya sendiri dapat alas perut dengan roti yang diberi selama sejam terperangkap dalam trafik tidak bergerak (mungkin lebih dari sejam).

Adik, pemandu lori Sweetie BNM9967, saya doakan agar segala urusan kamu dipermudahkan sebagaimana kamu telah memudahkan urusan saya dan menggembirakan hati anakanda saya.

1 September 2016, sungguh ini hadiah hari lahir yang saya akan ingat sampai bila-bila.

“Macam mana awak boleh terfikir nak keluar dari kereta dan ketuk lori depan?” soal kawan.

“Entah, saya pun tak tahu bagaimana saya boleh terfikir untuk berbuat begitu. Mungkin saya sudah mula rimas dengan Aisyah yang merengek bila lebih dari 20 kali sebut perkataan lapar.”

Saya beritahu pada Bonda bila Bonda kata, “Entah-entah dia kena hantar saja kot? Takde lebih”

“Tak cuba tak tahu, kalau tak boleh tak apa. Kalau dia boleh bagi beli, rezeki kakak,” saya jawab.

Alhamdulillah. Roti Kaya Pandan dan Roti Mexico perisa kopi, terbaik! Masa matriks dulu, saya ketagih beli roti Sweetie isi coklat. Saya akan hubungi majikan beliau secepat mungkin sebagai tanda penghargaan. 

Sumber: Nurul Bariah


Thus Article Pemandu Lori Sweetie BNM9967 Ini Telah Menjadi Viral Disebabkan Oleh “Perbuatan” Beliau Terhadap Seorang Wanita!

Itulah artikel Pemandu Lori Sweetie BNM9967 Ini Telah Menjadi Viral Disebabkan Oleh “Perbuatan” Beliau Terhadap Seorang Wanita! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pemandu Lori Sweetie BNM9967 Ini Telah Menjadi Viral Disebabkan Oleh “Perbuatan” Beliau Terhadap Seorang Wanita! dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/pemandu-lori-sweetie-bnm9967-ini-telah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemandu Lori Sweetie BNM9967 Ini Telah Menjadi Viral Disebabkan Oleh “Perbuatan” Beliau Terhadap Seorang Wanita!"

Catat Ulasan

Loading...