Loading...

Pes Halia Campur Madu Bantu Redakan Batuk Berkahak Anak. Ibu Boleh Cuba Cara Mudah Rawat Masalah Ini!

Loading...
Pes Halia Campur Madu Bantu Redakan Batuk Berkahak Anak. Ibu Boleh Cuba Cara Mudah Rawat Masalah Ini! - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pes Halia Campur Madu Bantu Redakan Batuk Berkahak Anak. Ibu Boleh Cuba Cara Mudah Rawat Masalah Ini!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pes Halia Campur Madu Bantu Redakan Batuk Berkahak Anak. Ibu Boleh Cuba Cara Mudah Rawat Masalah Ini!
link : Pes Halia Campur Madu Bantu Redakan Batuk Berkahak Anak. Ibu Boleh Cuba Cara Mudah Rawat Masalah Ini!

Baca juga


Pes Halia Campur Madu Bantu Redakan Batuk Berkahak Anak. Ibu Boleh Cuba Cara Mudah Rawat Masalah Ini!


Ibu yang mengalami masalah anak batuk berkahak pasti akan risau. Apa kata kali ini cuba gunakan beberapa bahan semulajadi untuk membantu melegakannya. Mana tahu ikhtiar ini sesuai dengan anak selain rawatan dari klinik atau hospital.

Walaupun anda nak melakukan rawatan semulajadi, tapi pastikan anda berjumpa doktor untuk mengetahui keadaan sebenar anak. Sekiranya peparu anak ok, tiada masalah lain yang serius, anda boleh teruskan dengan merawat anak anda secara semulajadi.

Perkongsian dari ibuzarith.com diharap dapat membantu ibu yang mengalami anak batuk berkahak. Seperti yang kita tahu, halia sangat bagus untuk bantu mencairkan kahak serta bersifat anti radang. Madu pula bersifat antibakteria, antivirus dan antifungus yang dapat membantu meningkatkan imun sistem anak kita.

Selain merawat dari dalam, halia dan madu ni boleh dibuat pes dan ditampal pada bahagian dada anak-anak.

Bahan-bahannya:

1. Sedikit tepung gandum

2. Jus halia (halia yang ditumbuk/blend kering dan diperah amik airnya sahaja)

3. Sedikit minyak kelapa dara (VCO)

4. Madu

5. Pelekat yang sesuai untuk kulit anak-anak

Lebihkan madu berbanding VCO untuk bagi ia melekat antara satu sama lain. Takde sukatan lengkap sebab main agak-agak je, macam kita nak masak gitu.

Cara-caranya:

1. Masukkan sedikit tepung dalam bekas bertutup.

2. Tambahkan jus halia, madu dan sedikit minyak kelapa dara.

3. Gaul sehingga tak melekat pada tangan. Kalau terlalu keras boleh lebihkan madu tu.

4. Bentukkan macam bola kecil agar mudah untuk kita penyekkan dan leperkan dikemudian hari.

5. Tampalkan pada bahagian dada anak kita semasa mereka tidur.

Bebola halia ni boleh disimpan dalam bekas bertutup dan tahan selama seminggu jika disimpan dalam peti sejuk. Sebelum guna boleh keluarkan awal sedikit agar tak sejuk sangat, dan boleh ditambah dengan madu jika agak kering.

Saya selalunya akan letakkan pes halia ni pada bahagian dada anak masa mereka tidur, jadi tak adalah tangan mereka nak cabut pelekat ni. Pelekat ni boleh dibeli di farmasi berdekatan rumah anda.

Disebabkan ini adalah rawatan semulajadi, jangan pula disangka harini tampal, esok terus baik. Ia mengambil masa juga. Teruskan rawatan ini bersama dengan rawatan semulajadi yang lain ye. Selain itu ambil juga makanan yang dapat tingkatkan imun sistem anak kita.



Thus Article Pes Halia Campur Madu Bantu Redakan Batuk Berkahak Anak. Ibu Boleh Cuba Cara Mudah Rawat Masalah Ini!

Itulah artikel Pes Halia Campur Madu Bantu Redakan Batuk Berkahak Anak. Ibu Boleh Cuba Cara Mudah Rawat Masalah Ini! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pes Halia Campur Madu Bantu Redakan Batuk Berkahak Anak. Ibu Boleh Cuba Cara Mudah Rawat Masalah Ini! dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/pes-halia-campur-madu-bantu-redakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pes Halia Campur Madu Bantu Redakan Batuk Berkahak Anak. Ibu Boleh Cuba Cara Mudah Rawat Masalah Ini!"

Catat Ulasan

Loading...