Loading...

PKR gantung keahlian bekas MP atas dakwaan fitnah Anwar

Loading...
PKR gantung keahlian bekas MP atas dakwaan fitnah Anwar - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PKR gantung keahlian bekas MP atas dakwaan fitnah Anwar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PKR gantung keahlian bekas MP atas dakwaan fitnah Anwar
link : PKR gantung keahlian bekas MP atas dakwaan fitnah Anwar

Baca juga


PKR gantung keahlian bekas MP atas dakwaan fitnah Anwar

MALAYSIAKINI


PKR hari ini menggantung keahlian bekas Anggota Parlimen Kapar S Manikavasagam selama dua tahun, atas dakwaan memfitnah ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Setiausaha Agung, Manikavasagam digantung kerana "memfirnah Anwar menerima wang RM300,000 - RM400,000 daripada Oms Thiyagarajan bagi tujuan untuk tidak mencalonkan diri saudara (sebagai calon Parlimen Kapar)."

Surat itu berkata Manikavsagam membuat ucapan berkenaan di sebuah kuil di Kapar pada 8 April tahun ini.

Bekas wakil rakyat PKR itu memuat-naikkan salinan surat berkenaan di halaman Facebooknya, yang menurutnya dihantar kepadanya di WhatsApp.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa beliau mengeluarkan surat tersebut, hari ini.

Saifuddin berkata Manikavasagam telah disiasat oleh lembaga disiplin parti, yang kemudiannya membuat cadangan kepada Biro Politik PKR untuk menggantungnya. Keputusan itu diterima dan disahkan oleh biro berkenaan.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata beliau tidak mengetahui dengan jelas mengenai kes disiplin itu.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi Manikavasagam untuk mendapatkan penjelasan.

Menurut surat, Manikavasagam mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan berhubung penggantungannya.




Thus Article PKR gantung keahlian bekas MP atas dakwaan fitnah Anwar

Itulah artikel PKR gantung keahlian bekas MP atas dakwaan fitnah Anwar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PKR gantung keahlian bekas MP atas dakwaan fitnah Anwar dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/pkr-gantung-keahlian-bekas-mp-atas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR gantung keahlian bekas MP atas dakwaan fitnah Anwar"

Catat Ulasan

Loading...