Loading...

Rafizi Bakal Presiden PKR Dalam Tempoh 10 Tahun?

Loading...
Rafizi Bakal Presiden PKR Dalam Tempoh 10 Tahun? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rafizi Bakal Presiden PKR Dalam Tempoh 10 Tahun?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rafizi Bakal Presiden PKR Dalam Tempoh 10 Tahun?
link : Rafizi Bakal Presiden PKR Dalam Tempoh 10 Tahun?

Baca juga


Rafizi Bakal Presiden PKR Dalam Tempoh 10 Tahun?

Caspian


Untuk mencari seorang bakal pemimpin dikalangan ahli, memang suatu perkara yang agak sukar. Namun PKR harus bersyukur kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk mengrekrut ahli mereka untuk diangkat sebagai bakal pemimpin masa hadapan.

Lihat sahaja Ahli Parlimen Pandan, Yang Berhormat, Rafizi Ramli yang disifatkan sebagai salah seorang pemimpin pada masa akan datang. Dengan perwatakan yang lembut serta keberaniannya membongkarkan segala isu membabitkan kerajaan BN, beliau sememangnya calon paling layak untuk diletakkan sebagai calon Presiden PKR dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, bukannya Datuk Seri Azmin Ali.

Umum sedia maklum bahawa YB Rafizi adalah anak didik yang diberi perhatian khusus oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Justeru, pastinya Datuk Seri Anwar memang sudah mengenal pasti bakat yang ada pada Rafizi untuk diketengahkan.

Malah, keberanian YB Rafizi dalam membicarakan apa jua isu sehingga menyaksikan beliau berkemungkinan dipenjarakan, memang sudah menyerlahkan betapa hebatnya YB Rafizi dalam arus politik negara.

Lihat sahaja bagaimana YB Rafizi cuba di hentam oleh banyak pihak terutamanya Latheefa Koya dan Datuk Seri Azmin sendiri. Ini hanyalah satu latihan untuk YB Rafizi memantapkan dirinya sekiranya beliau diserang oleh cybertrooper UMNO dan BN pada masa akan datang.

Tambahan pula, beliau mampu menubuhkan sebuah syarikat INVOKE yang mampu membentuk negara kearah yang lebih baik. Malah, PKR sendiri turut bermurah hati untuk menaja INVOKE dalam modal yang besar dan sudah semestinyalah ianya mendapat restu daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Inilah bukti bahawa YB Rafizi sememangnya calon paling layak untuk diangkat sebagai Presiden PKR pada satu hari nanti. Malah, bukan satu perkara yang mustahil sekiranya YB Rafizi turut diangkat sebagai Presiden gabungan pembangkang dan seterusnya dijulang sebagai Perdana Menteri, satu hari nanti.



Thus Article Rafizi Bakal Presiden PKR Dalam Tempoh 10 Tahun?

Itulah artikel Rafizi Bakal Presiden PKR Dalam Tempoh 10 Tahun? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rafizi Bakal Presiden PKR Dalam Tempoh 10 Tahun? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/rafizi-bakal-presiden-pkr-dalam-tempoh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rafizi Bakal Presiden PKR Dalam Tempoh 10 Tahun?"

Catat Ulasan

Loading...