Loading...

Ragui intergriti UNISEL? Pintu terbuka untuk semua

Loading...
Ragui intergriti UNISEL? Pintu terbuka untuk semua - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ragui intergriti UNISEL? Pintu terbuka untuk semua, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ragui intergriti UNISEL? Pintu terbuka untuk semua
link : Ragui intergriti UNISEL? Pintu terbuka untuk semua

Baca juga


Ragui intergriti UNISEL? Pintu terbuka untuk semua

OLEH ERMIZI MUHAMAD

UNISEL (2)


SHAH ALAM: Universiti Selangor (UNISEL) membuka ‘gerbang akademiknya’ kepada masyarakat umum untuk menilai sejauh mana kecemerlangan pembangunan institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri itu.

Presiden Persatuan Akademik dan Profesionalnya, Profesor Dr Mohd Zaidi Mohd Hajazi berkata, keterbukaan itu dibuat sebagai jaminan bahawa UNISEL utuh melaksanakan tangunggjawab memacu agenda pendidikan negeri.

Katanya, inisiatif itu juga sebagai bukti bahawa tiada sebarang salahgunakuasa dan dakwaan negatif yang dilemparkan pihak tertentu kepada pusat pengajian negeri itu.

“Kami di UNISEL mengalu-alukan masyarakat luar untuk hadir ke kampus di Shah Alam atau Bestari Jaya untuk menilai sendiri pembangunan pesat kemajuan dan kecemerlangan universiti ini.

UNISEL (1)

“Kami tegaskan di pihak pentadbiran bahawa di UNISEL tidak mempunyai sebarang isu kerana prinsip intergriti dan ketelusan itu sentiasa kami pertahankan.

“Justeru, tiada apa yang ingin disembunyikan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Lobi Utama UNISEL, Kampus Shah Alam, pagi ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu kampus berkenaan membabitkan pertikaian kontrak bersama bekas kontraktor, Jana Niaga Sdn Bhd.

Serbuan didakwa berkait penyelewengan berhubung aduan pihak terbabit dengan tujuan mencemar kredibiliti pentadbiran Kerajaan Negeri.

Susulan itu, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendakwanya terbabit dalam rasuah berhubung pembayaran kepada Jana Niaga.

MBI Selangor yang dipetik media, menafikan membayar RM60 juta kepada Jana Niaga dan mahkamah tidak pernah memutuskan syarikat itu mahupun UNISEL berlaku adalah salah.

MBI Selangor berkata, dakwaan membuat pembayaran kepada Jana Niaga, walaupun kontraktor itu mengingkari perjanjian dan gagal dalam tuntutan tunggakan bayaran, tidak benar



Thus Article Ragui intergriti UNISEL? Pintu terbuka untuk semua

Itulah artikel Ragui intergriti UNISEL? Pintu terbuka untuk semua Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ragui intergriti UNISEL? Pintu terbuka untuk semua dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/ragui-intergriti-unisel-pintu-terbuka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ragui intergriti UNISEL? Pintu terbuka untuk semua"

Catat Ulasan

Loading...