Loading...
Tajuk : Renungan Jumaat : Rezeki Itu Hak Allah SWT
link : Renungan Jumaat : Rezeki Itu Hak Allah SWT
Renungan Jumaat : Rezeki Itu Hak Allah SWT
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera....
Rezeki Itu Hak Allah SWT
Alhamdulillah diatas setiap kurniaan dariNya yg tak pernah 'miss' walaupun sesaat.. even hambaNya selalu sangat ter'miss' dari mengingatiNya.. itulah kasih sayang yg ikhlas.. ultimate punya 'suci' dari Dia yang Maha Memberi..
Rezeki itu milik Allah SWT... Ya.. sememanganya apa yg ada di langit dan di Bumi adalah mutlak Hak Milik Nya yg Maha Kuasa.. termasuklah kita.. rezeki kita dan sebagainya..
Berbalik kepada rezeki.. ia terlalu intim dengan konsep syukur.. sedikit atau banyakkah rezeki kita.. itu adalah hak Allah SWT yg di pinjamkan seketika untuk kita.. pelajari hikmah syukur dari setiap kurniaanNya menjadikan kita hamba yang lebih redha pada setiap ketentuanNya..
Rezeki itu milikNya semata2 menjadikan kita tidak layak untuk berbangga-bangga dengan setiap dariNya.. apa lagi.. siapa kita?? Apa kita ada?? Seorang hamba itu hanya punya CINTA.. kecintaan pada PemilikNYA.. PenciptaNya..
Selain itu? tiada apa.
Dan rezeki yang diberi wajib dikongsi.. kerana dalam setiap rezeki ada hak org lain yang memerlukannya..
Baca selingan berikut:
" REZEKI adalah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah SWT kepada seorang hambanya. Rezeki yang kita dapat itu bukan hak mutlak kita seorang, ada hak orang lain di dalamnya. Allah SWT telah menampakkan anugerah kepada hambaNYA dengan menempatkan harta berfungsi sebagai IBADAH. Sebab tu ZAKAT wajib dibayar. Supaya rezeki yang diberikan berfaedah bagi si pemilik dan bermanfaat pula bagi sesama hamba Allah SWT. Dan sekiranya harta itu tidak memberikan manfaat bagi agama, sesama hamba, dalam hubungannya dengan keagungan nama ALLAH SWT maka ALLAH SWT berhak menarik semula rezeki itu kerana ALLAH SWT adalah pemilik yang sah bagi semua harta yang ada di dunia mahupun akhirat.
Sebab tu dalam Islam digalakkan bersedekah. Jangan pentingkan diri sehingga kita terlupa, nyawa kita juga hanya pinjaman oleh Yang Maha Esa. Entah esok lusa, jika DIA mahu mengambil balik apa yang dipinjamkan kepada kita, siapa kita untuk menafikan yang bukan hak kita. Cuba letakkan diri kita pada tempat mereka? Cuba selami hati dan perasaan mereka? Bukan mereka mahu jadi begitu, barangkali keadaan memaksa walaupun mungkin ada alternatif lain yang boleh difikirkan oleh kita tapi tidak oleh mereka.
Kita semakin matang setiap hari kerana usia semakin meningkat, jadi belajarlah untuk menerima pendapat dan keinginan orang lain. Biarkan mereka melakukan sesuatu yang mereka suka walaupun kita kurang selesa dengan hal tersebut selagi ia tidak melanggar batasan syarak. Jika sudah melanggar batasan syarak maka wajiblah kita untuk menegur. Bukan niat hanya menegur dirinya tapi niat menegur diri kita sendiri supaya kita sentiasa ditingkatkan iman dan taqwa. "
Jadi sekarang kita faham bukan... segala-galanya hanyalah dari DIA.. punca segala sesuatu.. semoga dalam setiap waktu hati..diri sentiasa bermuhasabah.. kerana sepanjang itu mungkin banyak telah kita berdosa..
** nota 1: YA ALLAH.. Jadikanlah kami hambaMu yng bersyukur atas segala rezeki kurniaan..dugaan dan kasih sayangMu ada pd setiap titik kehidupan..kami kuat YA ALLAH selagi Kau sentiasa di sisi.. dihati.. teguhkan kekuatan dan pergantungan kami hanya pd MU yg satu..amiin..
Thus Article Renungan Jumaat : Rezeki Itu Hak Allah SWT
Itulah artikel Renungan Jumaat : Rezeki Itu Hak Allah SWT Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Renungan Jumaat : Rezeki Itu Hak Allah SWT dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/renungan-jumaat-rezeki-itu-hak-allah-swt_24.html
0 Response to "Renungan Jumaat : Rezeki Itu Hak Allah SWT"
Catat Ulasan