Loading...

‘Sayangnya Ada Degree Tapi Duduk Rumah’ – Orang Nak Kata Apa, Katalah, Janji Anak Terjaga

Loading...
‘Sayangnya Ada Degree Tapi Duduk Rumah’ – Orang Nak Kata Apa, Katalah, Janji Anak Terjaga - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Sayangnya Ada Degree Tapi Duduk Rumah’ – Orang Nak Kata Apa, Katalah, Janji Anak Terjaga, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Sayangnya Ada Degree Tapi Duduk Rumah’ – Orang Nak Kata Apa, Katalah, Janji Anak Terjaga
link : ‘Sayangnya Ada Degree Tapi Duduk Rumah’ – Orang Nak Kata Apa, Katalah, Janji Anak Terjaga

Baca juga


‘Sayangnya Ada Degree Tapi Duduk Rumah’ – Orang Nak Kata Apa, Katalah, Janji Anak Terjaga


Ada degree tapi suri rumah? Pertanyaan sebegini sering diajukan kepada mereka yang memiliki ijazah tetapi memilih untuk duduk di rumah mengurus keperluan keluarga,

Bagaimanapun setiap pilihan dan keputusan yang dibuat oleh seseorang itu pastinya ada kelebihannya tersendiri.

Perkongsian dari Shiera Firhat di laman Facebook miliknya menceritakan tentang kisahnya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa yang memiliki degree.

ADA DEGREE TAPI SURI RUMAH.

Sebenarnya semua ni Allah dah atur. Allah dah catatkan dah dalam buku kehidupan kita tanpa kita sedar. Rezeki orang lain-lain. Kan?

Dulu, banyak kali cakap nak resign tapi selalu je tak jadi. Sebab takda kekuatan. Tapi, bila kekuatan tu muncul, on the spot terus buat resign letter submit kat boss. Maka dengan rasminya jadilah suri rumah sepenuh masa.

Nak tahu apa/siapa kekuatan tu? Tu haaaa budak kecik sebelah tu. Niat nak jaga dia, nak tengok die membesar depan mata. Alhamdulillah Allah makbul sampai sekarang. Si bujang tu pun dah masuk 1 tahun 5 bulan.

Sendiri pun tak tahu nak jangka, nak agak sampai bila boleh tengok dia besar depan mata, jaga sendiri makan minum dia. Sebab manusia biasa ni tak dapat nak expect apa yang akan berlaku akan datangkan? Tapi yang penting, doa untuk dimurahkan rezeki untuk menjaga dia tak pernah tinggal seusai solat. Dan doa untuk dimurahkan rezeki untuk membantu suami dan mama juga tak pernah lekang dek bibir walaupun hanya suri rumah.



Banyak mulut bercakap, sayaaaaaangnya belajar tinggi-tinggi, tapi dok rumah. Sayaaaangnya gaji besar-besar tapi resign. Sayaaaangnya duit mak ayah hantar belajar dulu tapi tak gunakan apa yang dah ada (degree). Ini paling terkesan. Sungguh, memang ada rasa serba salah dalam hati bila ada yang cakap camtu.

Tapi, ini jalan hidup saya. Allah dah tentukan takdir saya ke sini. Buat masa ni saya terima, saya redha dan saya gembira dengan apa yang saya buat. Ini bukan bermakna saya tak kenang jasa ibu ayah saya. Saya sedang usaha nak buat terbaik untuk diri saya sendiri, untuk keluarga kecil saya, untuk Mama, untuk adik saya dan in laws saya. Walaupun bukan seorang Peguam yang berjaya buat masa ini, saya akan cuba usaha untuk mereka dengan cara saya sendiri, Inshaallah.

Apa yang saya minta, bercakap baiklah selalu. Doakan saya dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Berhenti cakap yang tak elok. Untuk suami dan mama, terima kasih sentiasa bantu dan restui apa yang saya pilih.

Untuk suri rumah seperjuangan, tahniah! Anda diberi kekuatan luar biasa untuk membuat keputusan ini. Nyahkan kata-kata negatif, pekakkan telinga. Dan saya juga doakan anda dimurahkan rezeki sentiasa dalam berkhidmat sebagai SUPERMOM!

Sumber: Siakapkeli


Thus Article ‘Sayangnya Ada Degree Tapi Duduk Rumah’ – Orang Nak Kata Apa, Katalah, Janji Anak Terjaga

Itulah artikel ‘Sayangnya Ada Degree Tapi Duduk Rumah’ – Orang Nak Kata Apa, Katalah, Janji Anak Terjaga Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Sayangnya Ada Degree Tapi Duduk Rumah’ – Orang Nak Kata Apa, Katalah, Janji Anak Terjaga dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/sayangnya-ada-degree-tapi-duduk-rumah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Sayangnya Ada Degree Tapi Duduk Rumah’ – Orang Nak Kata Apa, Katalah, Janji Anak Terjaga"

Catat Ulasan

Loading...