Loading...

Sebak, Bapa Hadir Mengambil Skrol Anak Lelakinya Yang Telah 'Tiada' Di Majlis Konvokesyen ILKBS.

Loading...
Sebak, Bapa Hadir Mengambil Skrol Anak Lelakinya Yang Telah 'Tiada' Di Majlis Konvokesyen ILKBS. - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sebak, Bapa Hadir Mengambil Skrol Anak Lelakinya Yang Telah 'Tiada' Di Majlis Konvokesyen ILKBS., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sebak, Bapa Hadir Mengambil Skrol Anak Lelakinya Yang Telah 'Tiada' Di Majlis Konvokesyen ILKBS.
link : Sebak, Bapa Hadir Mengambil Skrol Anak Lelakinya Yang Telah 'Tiada' Di Majlis Konvokesyen ILKBS.

Baca juga


Sebak, Bapa Hadir Mengambil Skrol Anak Lelakinya Yang Telah 'Tiada' Di Majlis Konvokesyen ILKBS.


PUTRAJAYA: Ia satu pengalaman bercampur baur bagi Fauzi Nazir, 56, ketika berjalan naik ke atas pentas untuk mengambil skrol anak lelakinya pada majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) lapor mStar.

Ahli perniagaan itu beratur bersama-sama dengan graduan muda yang lain tetapi dia melakukannya untuk anak lelakinya, Mohd Amirul Izuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada Jun lalu.

"Saya amat berbangga tetapi pada masa sama sedih. Anak lelaki saya seorang yang rajin berusaha dan dia berjaya memperolehi CGPA 3.75.

"Malangnya, dia tiada di sini hari ini untuk menerima sijil tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik.

"Namun saya hadir untuk mengambil skrol itu dengan rasa bangga," kata Fauzi.

Mohd Amirul, 21, maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berhari raya di rumah rakannya.

Insiden itu berlaku di Sungai Besar, Selangor.

Dia merupakan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.

"Anak saya mahu mengikuti pengajian peringkat diploma selepas ini. Sementara menunggu untuk melanjutkan pengajiannya, dia bekerja sambilan di syarikat pembuatan pintu kayu tempat saya bekerja di Johor," kata Fauzi.

Fauzi berkata dia menggalakkan anaknya untuk mengambil kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kerana merasakan ia menyediakan prospek pekerjaan yang lebih baik.

"Seorang lagi anak lelaki saya turut belajar di IKBN dan mengikuti pengajian kejuruteraan automotif. Bagi saya, bukan sahaja prospek pekerjaan yang bagus, belajar di IKBN juga berpatutan kerana tiada yuran dan elaun turut disediakan," katanya.

Majlis konvokesyen selama dua hari itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.


Thus Article Sebak, Bapa Hadir Mengambil Skrol Anak Lelakinya Yang Telah 'Tiada' Di Majlis Konvokesyen ILKBS.

Itulah artikel Sebak, Bapa Hadir Mengambil Skrol Anak Lelakinya Yang Telah 'Tiada' Di Majlis Konvokesyen ILKBS. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sebak, Bapa Hadir Mengambil Skrol Anak Lelakinya Yang Telah 'Tiada' Di Majlis Konvokesyen ILKBS. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/sebak-bapa-hadir-mengambil-skrol-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sebak, Bapa Hadir Mengambil Skrol Anak Lelakinya Yang Telah 'Tiada' Di Majlis Konvokesyen ILKBS."

Catat Ulasan

Loading...