Loading...

Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah

Loading...
Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah
link : Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah

Baca juga


Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah

SINAR ONLINE

Jamil Khir Baharom
Jamil Khir Baharom


KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) bagi tujuan memperkasakan sistem perundangan Syariah secara keseluruhan selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penubuhan jawatankuasa khas berkenaan dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Beliau berkata inisiatif itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam usaha memperkasakan Mahkamah Syariah secara holistik demi kepentingan umat Islam dan keprihatinan kerajaan terhadap semua input yang diterima daripada semua pihak.

"JKMMS merupakan satu platform yang berwibawa bagi menambah baik sistem perundangan kehakiman syariah sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jamil Khir berkata beberapa kluster akan diwujudkan di bawah jawatankuasa ini membincangkan perkara berkaitan pengharmonian antara undang-undang sivil dan syariah; cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355);  pengurusan dan penstrukturan Mahkamah Syariah; latihan hakim dan pegawai syariah; pendidikan undang-undang syariah; dan hal ehwal berkaitan peguam syari'e.

Beliau berkata jawatankuasa berkenaan akan dianggotai wakil majlis agama Islam negeri-negeri, ahli akademik, wakil Jabatan Peguam Negara dan aktivis masyarakat, mantan pimpinan tertinggi sektor awam serta tokoh-tokoh berwibawa dalam hal perundangan di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. - Bernama



Thus Article Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah

Itulah artikel Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/setuju-tubuh-jawatankuasa-perkasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah"

Catat Ulasan

Loading...