Loading...
Tajuk : Tagih keramat Shah Alam
link : Tagih keramat Shah Alam
Tagih keramat Shah Alam
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
STADIUM Shah Alam yang memberi tuah kepada skuad bawah 22 tahun (B-22) negara dalam kemaraan ke pentas final akan menjadi venue kemuncak perebutan pingat emas dengan Thailand, Selasa ini.
Pada awalnya ada cadangan untuk mengadakan perlawanan akhir itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang berwajah baru tetapi selepas mesyuarat penyelarasan antara wakil Kementerian Belia dan Sukan serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, mereka memutuskan aksi final itu kekal di Stadium Shah Alam dengan perlawanan bermula jam 8.45 malam.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee sudah beraksi di Stadium Shah Alam dalam empat perlawanan di peringkat Kumpulan A dengan mencatat rekod bersih kemenangan ke atas Brunei, Singapura, Myanmar dan Laos sebelum menewaskan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir, semalam.
Thailand yang juga juara bertahan yang bersaing dalam Kumpulan B beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) termasuk ketika mengalahkan Myanmar di separuh akhir.
Bagi perlawanan penentuan pingat gangsa pula, Indonesia dan Myanmar akan bertemu di Stadium MPS pada jam 4.30 petang, Selasa ini.
Tiket akan dijual kepada penyokong dengan harga RM21.20.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 3:06 PM
Thus Article Tagih keramat Shah Alam
Itulah artikel Tagih keramat Shah Alam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tagih keramat Shah Alam dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/tagih-keramat-shah-alam.html
0 Response to "Tagih keramat Shah Alam"
Catat Ulasan