Loading...

Thanabalan semakin bernafsu jaring gol

Loading...
Thanabalan semakin bernafsu jaring gol - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Thanabalan semakin bernafsu jaring gol, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Thanabalan semakin bernafsu jaring gol
link : Thanabalan semakin bernafsu jaring gol

Baca juga


Thanabalan semakin bernafsu jaring gol



 N. THANABALAN (kiri) meraikan gol jaringannya dalam aksi bola sepak Kumpukan A menentang Singapura,
N. THANABALAN (kiri) meraikan gol jaringannya dalam aksi bola sepak Kumpukan A menentang Singapura, semalam.

18 Ogos 2017 3:24 AM
KUALA LUMPUR 17 Ogos – Penyerang skuad bawah 22 (B-22) negara, N. Thanabalan mengakui dirinya semakin bernafsu untuk meledak lebih banyak gol dalam aksi seterusnya apabila berjaya membantu Malaysia melakar kemenangan 2-1 ke atas Singapura dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam semalam.

Thanabalan yang dimasukkan pada awal babak kedua menggantikan Syahmi Safari, menjaringkan gol kemenangan pada aksi tersebut berkata, biarpun sudah menang dua perlawanan namun mereka tidak boleh berada dalam zon selesa sebaliknya berusaha untuk menduduki tangga teratas kumpulan.

“Bagus untuk kami kerana berjaya bangkit daripada ketinggalan dan saya lihat pada babak pertama kami tidak mengikut perancangan dan situasi berbeza pada separuh masa kedua.

“Perjuangan kami masih belum selesai kerana ini baharu perlawanan kedua dan kami ada dua lagi aksi. Kami kena layak ke separuh akhir dan itu menuntut usaha keras daripada kami.
Advertisement

“Terima kasih kepada jurulatih (Datuk Ong Kim Swee) kerana memasukkan saya dan terima kasih kepada rakan-rakan kerana membantu saya menjaringkan gol dan saya gembira kerana dapat menceriakan penyokong yang hadir.

“Kami tidak boleh leka dalam perlawanan seterusnya dan pastinya saya mahu menjaringkan gol lagi bagi memastikan kemenangan dalam perlawanan selepas ini. Saya juga sudah bebas daripada kecederaan dan diharapkan dapat diturunkan dalam keselebasan utama,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Shah Alam semalam.

Sementara itu, Muhamad Nor Azam Azih yang turut menjaringkan gol pada aksi tersebut menggesa rakan sepasukannya agar memperbaiki kelemahan yang ada serta berehat secukupnya bagi menghadapi Myanmar pada Isnin depan di venue yang sama.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2w8D6OV
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Thanabalan semakin bernafsu jaring gol

Itulah artikel Thanabalan semakin bernafsu jaring gol Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Thanabalan semakin bernafsu jaring gol dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/thanabalan-semakin-bernafsu-jaring-gol.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Thanabalan semakin bernafsu jaring gol"

Catat Ulasan

Loading...