Loading...

Thanabalan 'striker' idola Harimau Malaya

Loading...
Thanabalan 'striker' idola Harimau Malaya - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Thanabalan 'striker' idola Harimau Malaya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Thanabalan 'striker' idola Harimau Malaya
link : Thanabalan 'striker' idola Harimau Malaya

Baca juga


Thanabalan 'striker' idola Harimau Malaya

Mohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

SENTUHANNYA tidak selincah Lionel Messi namun cukup berbisa di depan pintu gol.

Itu kelebihan dimiliki penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) negara N Thanabalan yang kini sudah meledak tiga gol dalam dua penampilannya sepanjang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Thanabalan yang mewakili FELCRA FC di peringkat kelab menjelaskan sudah menjadi tugasnya sebagai penyerang untuk meledakkan gol buat pasukan.

“Bagi saya, sebagai penyerang kita kena bijak dan berada pada posisi terbaik tepat pada masanya untuk meledakkan gol.

“Sebagai contoh, apabila satu hantaran silang dilakukan, kita sudah perlu berada dalam kotak penalti dan apabila dapat peluang, kita perlu jaringkan gol.

“Apapun kerjasama berpasukan adalah segala-galanya kerana tanpa bantuan rakan, penyerang tidak akan dapat menjaringkan gol,” katanya.

Thanabalan menjaringkan gol kemenangan ketika Malaysia menewaskan Singapura 2-1, Rabu lalu sebelum menyumbat dua gol semasa menundukkan Myanmar 3-1, semalam.

“Terima kasih kepada semua penyokong dan rakan sepasukan yang memberikan komitmen 100 peratus dalam setiap perlawanan.

“Perjuangan kami belum selesai dan kemenangan ke atas Myanmar menjadi pembakar semangat untuk kami melangkah ke separuh akhir.

“Belum tahu lagi pasukan mana akan kami tentang di separuh akhir, apapun kami akan tetap lawan habis-habisan dan kemenangan ke atas Myanmar adalah malam terbaik buat saya dan pasukan,” katanya.

sumberArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 4:10 PM


Thus Article Thanabalan 'striker' idola Harimau Malaya

Itulah artikel Thanabalan 'striker' idola Harimau Malaya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Thanabalan 'striker' idola Harimau Malaya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/thanabalan-striker-idola-harimau-malaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Thanabalan 'striker' idola Harimau Malaya"

Catat Ulasan

Loading...