Loading...
Tajuk : Tiba-Tiba Tingkap Pecah Ketika Memandu, Dua Orang Lelaki Cuba Rentap Beg Saya Yang Ada Dalam Kereta
link : Tiba-Tiba Tingkap Pecah Ketika Memandu, Dua Orang Lelaki Cuba Rentap Beg Saya Yang Ada Dalam Kereta
Tiba-Tiba Tingkap Pecah Ketika Memandu, Dua Orang Lelaki Cuba Rentap Beg Saya Yang Ada Dalam Kereta
Peringatan kepada semua di luar sana terutamanya wanita, berhati-hati ketika memandu kereta bersendirian tidak kira dalam keadaan kenderaan lain banyak atau tidak.
Simpan barang berharga anda seperti beg tangan atau lap top ditempat selamat yang tidak boleh dicapai dari luar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku kerana penjenayah kini semakin berani.
Sebuah kejadian yang berlaku semalam (selasa), seorang wanita bernama Cikda Aida telah menjadi mangsa dua orang lelaki tidak dikenali yang cuba meragut begnya yang berada di dalam kereta ketika dia sedang memandu.
Menurut beliau, kejadian berlaku di Sri Damansara berhampiran lampu isyarat menuju ke Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), datang dua orang lelaki telah memecahkan cermin keretanya, suspek kemudian bertindak menggapai sebuah beg miliknya yang berada di tengah-tengah antara tempat duduk penumpang dengan pemandu.
"Selalu saya dengar cerita orang, hari ini terjadi kepada diri sendiri, menggigil seluruh badan saya apabila tiba-tiba orang ketuk tingkap kereta saya sampai pecah dan tarik beg sampai sakit tangan."
"Kecuaian saya sebab letak beg ditengah-tengah ni," tulis beliau yang ternyata masih trauma.
Kejadian telah menyebabkan tangannya sedikit tercedera selepas terkena kaca pecah ketika begnya itu direntap, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sungai Buloh mengenai kejadian ini.
Berdasarkan komen, ada netizen bernama Imah Damai, kejadian yang sama turut berlaku kepada kakaknya pada minggu lepas di mana dia turut memuatnaik sekeping gambar kereta kakaknya turut dipecahkan.
Kepada wanita diluar sana, berhati-hati ketika memandu, elakkan letakkan barang berharga ditempat yang mudah dicapai untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penjenayah.
Sumber: Siakapkeli.my
Thus Article Tiba-Tiba Tingkap Pecah Ketika Memandu, Dua Orang Lelaki Cuba Rentap Beg Saya Yang Ada Dalam Kereta
Itulah artikel Tiba-Tiba Tingkap Pecah Ketika Memandu, Dua Orang Lelaki Cuba Rentap Beg Saya Yang Ada Dalam Kereta Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tiba-Tiba Tingkap Pecah Ketika Memandu, Dua Orang Lelaki Cuba Rentap Beg Saya Yang Ada Dalam Kereta dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/tiba-tiba-tingkap-pecah-ketika-memandu.html
0 Response to "Tiba-Tiba Tingkap Pecah Ketika Memandu, Dua Orang Lelaki Cuba Rentap Beg Saya Yang Ada Dalam Kereta"
Catat Ulasan