Loading...
Tajuk : TPM kecewa insiden kecoh Nothing to Hide 2.0
link : TPM kecewa insiden kecoh Nothing to Hide 2.0
TPM kecewa insiden kecoh Nothing to Hide 2.0
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan kesedihannya terhadap kekecohan forum 'Nothing to hide 2.0' anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam, semalam.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kekasaran terhadap mana-mana individu atau tokoh tidak seharusnya berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
"Kita harap demokrasi dapat diterjemahkan dengan sebaiknya di negara ini, walaupun mungkin kita berbeza pendapat.
"Polis tentunya sudah menjalankan tindakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan dan kita akan mengizinkan sebarang perjumpaan, pertemuan dan perhimpunan yang dibenarkan mengikut Akta Perhimpunan Aman termasuk majlis yang diadakan oleh sebuah parti pembangkang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Kongres Sedunia Persatuan Penyelidikan dan Kejuruteraan Alam Sekitar Hidro Antarabangsa (IAHR) Ke-37 di sini, hari ini.
Semalam, Forum 'Nothing to Hide 2.0' anjuran Armada PPBM bertukar kecoh ketika Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjawab soalan berhubung tragedi Memali yang berlaku pada 1985.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis akan menjalankan siasatan, mengambil tindakan dan melakukan pendakwaan jika terdapat kesalahan.
Mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa serangan itu dilakukan oleh kumpulan dalam Umno sebagai usaha mensabotaj forum berkenaan, Ahmad Zahid berkata polis akan melakukan siasatan terperinci.
Thus Article TPM kecewa insiden kecoh Nothing to Hide 2.0
Itulah artikel TPM kecewa insiden kecoh Nothing to Hide 2.0 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel TPM kecewa insiden kecoh Nothing to Hide 2.0 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/tpm-kecewa-insiden-kecoh-nothing-to.html
0 Response to "TPM kecewa insiden kecoh Nothing to Hide 2.0"
Catat Ulasan