Loading...

Tun Mahathir perjelas skandal forex

Loading...
Tun Mahathir perjelas skandal forex - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tun Mahathir perjelas skandal forex, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tun Mahathir perjelas skandal forex
link : Tun Mahathir perjelas skandal forex

Baca juga


Tun Mahathir perjelas skandal forex



Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
 
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerugian Bank Negara dalam urus niaga pertukaran mata wang asing (forex) pada era pentadbirannya  berpunca daripada kegagalan melihat kesan Perjanjian Maastricht.

Beliau berkata, perkara itu mendorong kepada pembentukan Kesatuan Eropah dan pengenalan mata wang tunggal.

“Bank Negara memutuskan bahawa sebahagian daripada pengurusan rizab negara, termasuk perdagangan matang wang, dapat mengekalkan jumlah rizab.

“Sudah tentu, dagangan mata wang adalah perniagaan yang sangat menguntungkan. Banyak dana lindung nilai berdagang mata wang.

“Tetapi ia juga ada risiko. Kamu boleh untung dan kamu boleh rugi. Dan itu yang terjadi apabila mereka gagal jangkakan keputusan Perjanjian Maastricht.

“Dan mereka kalah dalam pertaruhan. Bagaimana mereka rugi? Saya tidak tahu.

“Saya diberitahu mereka berdagang mata wang tetapi saya tidak dimaklumkan maklumat terperinci,” katanya dipetik dalam wawancara portal berita, The Malaysian Insight, semalam.

Mahathir berkata, Bank Negara kemudian menyerahkan laporan kepada Parlimen berkaitan kerugiannya.

“Itulah sahaja yang kerajaan tahu,” ujarnya.

Perjanjian Maastricht ditandatangani pada 7 Februari 1992.

Jelasnya, urus niaga mata wang adalah perniagaan yang bergerak pantas dan Bank Negara sendiri bangga dengan kemahiran mereka.

“Mereka buka pejabat di London dan saya diundang buka bilik perdagangan. Tetapi selain itu saya tidak tahu.

“Dan akhirnya mereka rugi wang. Bila rugi, kerajaan putuskan tutup, berhentikan semua urus niaga,” katanya.

Mahathir berkata, beliau tidak ingat jumlah sebenar kerugian itu, tetapi dimaklumkan dalam lingkungan RM10 bilion.

Awal Februari lalu, bekas penolong gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid mendedahkan bank pusat itu mengalami kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam urus niaga perdagangan mata wang pada awal 90-an.

Kabinet bersetuju dengan syor pasukan petugas khas (PPK) yang mengesyorkan terdapat keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membolehkan siasatan mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) pada Jun lalu.

Pejabat Perdana Menteri kemudian mengesahkan  siasatan awal PPK mendapati jumlah kerugian adalah lebih besar daripada apa yang telah dilaporkan.

Difahamkan  terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan jemaah menteri dan Parlimen.



Thus Article Tun Mahathir perjelas skandal forex

Itulah artikel Tun Mahathir perjelas skandal forex Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tun Mahathir perjelas skandal forex dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/tun-mahathir-perjelas-skandal-forex.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun Mahathir perjelas skandal forex"

Catat Ulasan

Loading...