Loading...

(Video) ‘Kasih Cik Ah Kepada Tuannya’ – ‘Lembu Manja Peluk Tuan’ Bakal Jadi Korban Aidiladha Ini

Loading...
(Video) ‘Kasih Cik Ah Kepada Tuannya’ – ‘Lembu Manja Peluk Tuan’ Bakal Jadi Korban Aidiladha Ini - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk (Video) ‘Kasih Cik Ah Kepada Tuannya’ – ‘Lembu Manja Peluk Tuan’ Bakal Jadi Korban Aidiladha Ini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : (Video) ‘Kasih Cik Ah Kepada Tuannya’ – ‘Lembu Manja Peluk Tuan’ Bakal Jadi Korban Aidiladha Ini
link : (Video) ‘Kasih Cik Ah Kepada Tuannya’ – ‘Lembu Manja Peluk Tuan’ Bakal Jadi Korban Aidiladha Ini

Baca juga


(Video) ‘Kasih Cik Ah Kepada Tuannya’ – ‘Lembu Manja Peluk Tuan’ Bakal Jadi Korban Aidiladha Ini


Siapa kata haiwan ternakan tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap tuannya?

Foto seorang wanita warga emas dipeluk oleh lembu belaannya menjadi viral selepas dimuatnaik di Facebook.

Wanita warga emas itu adalah Faridah Lebai Abdullah, 61, manakala lembu ternakannya itu dikenali sebagai Cik Ah.

Cik Ah dilahirkan pada November tahun lalu namun ia bakal dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.


Anak Faridah, Norgariza Saadin, 28, berkata kemesraan mula timbul selepas dia dan emaknya melihat sendiri Cik Ah dilahirkan.

Katanya, sebelum ini tugas menjaga kesemua sembilan ekor lembu milik keluarganya itu adalah di bawah tanggungjawab Allahyarham bapanya, Saadin Kasa namun selepas pemergian ayahnya pada 30 Ogos 2015, emak mengambil alih peranan tersebut.

“Cik Ah dilahirkan di depan mata kami sendiri dan memang seekor lembu yang manja. Kami menjaga Cik Ah di dalam kawasan rumah sahaja dan mengajarnya bermain seperti kucing dengan menyentuh lembut di bawah tengkuknya dan bagi lembu itu jilat tangan.

“Walaupun sayangkan Cik Ah tetapi emak tetap berhasrat untuk korbankannya pada Hari Raya Aidiladha ini. Biasanya kalau upacara korban, emak takkan tengok, pegang apatah lagi makan daging lembu korban tersebut,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Sebelum ini, foto keakraban Cik Ah dan Faridah dimuat naik di Facebook oleh menantunya, Mohd Zaidi Desa.


Sumber: Utusan Online via Siakapkeli


Thus Article (Video) ‘Kasih Cik Ah Kepada Tuannya’ – ‘Lembu Manja Peluk Tuan’ Bakal Jadi Korban Aidiladha Ini

Itulah artikel (Video) ‘Kasih Cik Ah Kepada Tuannya’ – ‘Lembu Manja Peluk Tuan’ Bakal Jadi Korban Aidiladha Ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel (Video) ‘Kasih Cik Ah Kepada Tuannya’ – ‘Lembu Manja Peluk Tuan’ Bakal Jadi Korban Aidiladha Ini dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/video-kasih-cik-ah-kepada-tuannya-lembu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "(Video) ‘Kasih Cik Ah Kepada Tuannya’ – ‘Lembu Manja Peluk Tuan’ Bakal Jadi Korban Aidiladha Ini"

Catat Ulasan

Loading...