Loading...

Zaid kemuka gambar majlis hari jadi Najib dalam usaha singkir Raus dengar kes

Loading...
Zaid kemuka gambar majlis hari jadi Najib dalam usaha singkir Raus dengar kes - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zaid kemuka gambar majlis hari jadi Najib dalam usaha singkir Raus dengar kes, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Zaid kemuka gambar majlis hari jadi Najib dalam usaha singkir Raus dengar kes
link : Zaid kemuka gambar majlis hari jadi Najib dalam usaha singkir Raus dengar kes

Baca juga


Zaid kemuka gambar majlis hari jadi Najib dalam usaha singkir Raus dengar kes

 
Ia antara kandungan afidavit dikemukakan bekas menteri itu yang mencabar keputusan ketua hakim negara tidak menarik diri daripada kes melibatkan peguam negara.


zaid-raus

 
PUTRAJAYA: Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyertakan gambar Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah majlis keramaian bersama Tan Sri Raus Sharif dalam memfailkan permohonan mencabar keputusan ketua hakim negara untuk tidak menarik diri daripada permohonan kes menyemak semula kuasa peguam negara.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata panel 3 hakim Mahkamah Persekutuan silap dalam mengabaikan permohonannya untuk menyingkirkan Raus.

Beliau berkata terdapat kemungkinan berlaku ketidakadilan kerana Raus mempunyai hubungan rapat dengan perdana menteri dan peguam negara menolak untuk mendakwa Najib atas kesalahan jenayah.

Zaid berkata, walaupun permohonan kebenaran untuk kajian semula kehakiman ditujukan terhadap peguam negara, sasaran utama permohonan ialah Najib.

Menurutnya, perdana menteri ialah seorang suspek dalam penyiasatan mengenai sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya di AmIslamic.

“Suspek (Najib) yang mencadangkan pelantikan ketua hakim ini untuk jawatannya. Malahan, terdapat hubungan peribadi yang rapat antara suspek dan ketua hakim.

“Ini dibuktikan dengan kejadian di mana ketua hakim menghadiri upacara keagamaan anjuran suspek pada hari lahir suspek. Tiada ahli lain Mahkamah Persekutuan hadir majlis itu,” katanya dalam afidavit menyokong permohonannya.

Semalam, bekas ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan memfailkan permohonan yang sama.

Dalam menamakan peguam negara sebagai responden permohonan itu di bawah Akta Mahkamah Persekutuan 1995, Zaid berkata, beliau mahukan keputusan 28 Julai menolak rayuannya diketepikan.

Zaid juga mahukan panel hakim baharu dibentuk untuk membicarakan semula permohonan kebenaran itu.

Raus yang duduk bersama-sama Ketua Hakim Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan Tan Sri Azahar Mohamed sebulat suara menolak permohonan Zaid, Khairuddin dan Majlis Peguam.

Zaid berkata sebelum permulaan prosiding mahkamah pada 28 Julai, peguamnya menyampaikan sebab kepada pendaftar mahkamah untuk menyingkirkan Raus daripada mengetuai panel.

“Bagaimanapun, ketua hakim memutuskan untuk tidak menarik dirinya kerana beliau akan memutuskan kes itu menurut undnag-undang dan fakta,” katanya.

Kes itu bertujuan mencabar keputusan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menutup siasatan melibatkan wang RM2.6 bilion di dalam akaun bank Najib.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi berkata mahkamah bukan tempat untuk mendapatkan tebus rugi bagi mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan peguam negara tidak mendakwa mana-mana kes jenayah.



Thus Article Zaid kemuka gambar majlis hari jadi Najib dalam usaha singkir Raus dengar kes

Itulah artikel Zaid kemuka gambar majlis hari jadi Najib dalam usaha singkir Raus dengar kes Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Zaid kemuka gambar majlis hari jadi Najib dalam usaha singkir Raus dengar kes dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/zaid-kemuka-gambar-majlis-hari-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zaid kemuka gambar majlis hari jadi Najib dalam usaha singkir Raus dengar kes"

Catat Ulasan

Loading...