Loading...

48 jemaah Malaysia meninggal dunia di tanah suci

Loading...
48 jemaah Malaysia meninggal dunia di tanah suci - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 48 jemaah Malaysia meninggal dunia di tanah suci, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 48 jemaah Malaysia meninggal dunia di tanah suci
link : 48 jemaah Malaysia meninggal dunia di tanah suci

Baca juga


48 jemaah Malaysia meninggal dunia di tanah suci

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
TEMERLOH: Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan seramai 48 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah setakat hari ini.
 
Ahli Lembaga Pengarah TH Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, angka itu rendah berbanding 32 orang keseluruhannya tahun lalu, kerana mengambil kira pertambahan 10,000 jemaah bagi musim haji kali ini.
 
"Pada tahun ini, kita lebih ketat dalam pemeriksaan kesihatan dan setiap doktor diminta untuk benar-benar memastikan tahap kesihatan jemaah sebelum memberikan kelulusan.
 
"Jika ada sakit, perkara itu hendaklah dimaklumkan lebih awal kepada TH dan jika didapati ada doktor yang meluluskan mereka yang tidak sihat, mereka boleh dikesan kerana setiap doktor diberikan nombor pengenalan khusus TH," katanya.
 
Abdul Shukor berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi waris Mohd Sufian Resli, 38, yang meninggal dunia di Makkah pada 6 Sept lalu akibat jangkitan paru-paru, di Taman Bukit Bendera, Mentakab di sini.
 
Turut hadir ialah Pengarah TH Pahang Helena Hashim.
 
Katanya TH akan sedaya upaya menziarah semua waris jemaah haji yang meninggal dunia di tanah suci.
 
"Program ziarah ini adalah bagi kami menzahirkan rasa simpati kepada waris dan menyampaikan sedikit sumbangan daripada TH untuk meringankan beban waris selain mahu mengadakan tahlil kepada arwah di rumah mereka. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pejabat TH setiap negeri," katanya.
 
Abdul Shukor menambah sehingga hari ini, TH telah selesai menziarahi 17 waris jemaah dan berhasrat ziarah terhadap 31 waris lagi dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
 
Beliau juga berkata penerbangan terakhir jemaah haji Malaysia pulang ke tanah air dijadualkan pada 5 Oktober depan.
 
 


Thus Article 48 jemaah Malaysia meninggal dunia di tanah suci

Itulah artikel 48 jemaah Malaysia meninggal dunia di tanah suci Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 48 jemaah Malaysia meninggal dunia di tanah suci dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/48-jemaah-malaysia-meninggal-dunia-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "48 jemaah Malaysia meninggal dunia di tanah suci"

Catat Ulasan

Loading...