Loading...

Amanah desak Azmin kaji semula kedudukan PAS di Selangor

Loading...
Amanah desak Azmin kaji semula kedudukan PAS di Selangor - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Amanah desak Azmin kaji semula kedudukan PAS di Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Amanah desak Azmin kaji semula kedudukan PAS di Selangor
link : Amanah desak Azmin kaji semula kedudukan PAS di Selangor

Baca juga


Amanah desak Azmin kaji semula kedudukan PAS di Selangor

 
Amanah berkata ia perlu untuk memastikan kehadiran PAS secara berterusan dalam pentadbiran Selangor tidak menjadi duri dalam daging.


azmin-amanah2

KUALA LUMPUR: Konvensyen Amanah Selangor hari ini meluluskan usul meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar menimbang semula kedudukan PAS dalam pentadbiran Selangor.

Ketua Amanah Bahagian Ampang, Mohd Anuar Mohd Yusof, yang membentangkan usul itu berkata, ia sejajar dengan keputusan majlis presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

“Ini untuk memastikan kehadiran PAS berterusan di pentadbiran Selangor tidak menjadi duri dalam daging, yang kemudian boleh menjejaskan usaha untuk mempertahankan kerajaan Selangor yang dipimpin PH,” kata beliau pada konvensyen Amanah hari ini.

Usul itu kemudian dibahaskan oleh para perwakilan dan diluluskan.

Apabila ditanya sebab membawa usul itu, Anuar berkata, Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak lagi wujud.

“Betul, PAS harus keluar dari kerajaan. Wakil mereka tidak boleh memegang jawatan exco negeri.

“Rakyat masih berpendapat PAS adalah sebahagian daripada kerajaan Selangor kerana mereka masih merupakan ahli majlis eksekutif. Mereka masih mempunyai akses kepada belanjawan untuk dibelanjakan,” katanya ketika dihubungi.

Anuar berkata, kini terpulang kepada kepimpinan parti untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan.
PAS memutuskan kerjasama politik selepas PR runtuh pada Jun 2015 berikutan perbezaan pendapat dengan DAP mengenai pelaksanaan hudud.

Gabungan itu digantikan oleh PH yang kini terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan PPBM.

Namun, PAS mengekalkan hubungan politiknya dengan PKR di Selangor, di mana pemimpinnya adalah sebahagian daripada kerajaan negeri.

Azmin pernah berkata PR masih wujud dalam kerajaan Selangor kerana ia adalah “mandat rakyat”.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kemudiannya mengingatkan Azmin bahawa PR sudah tidak ada lagi.



Thus Article Amanah desak Azmin kaji semula kedudukan PAS di Selangor

Itulah artikel Amanah desak Azmin kaji semula kedudukan PAS di Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Amanah desak Azmin kaji semula kedudukan PAS di Selangor dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/amanah-desak-azmin-kaji-semula.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Amanah desak Azmin kaji semula kedudukan PAS di Selangor"

Catat Ulasan

Loading...