Loading...

Amanah kemaruk kuasa, kata PAS selepas usul tendang keluar dari Selangor

Loading...
Amanah kemaruk kuasa, kata PAS selepas usul tendang keluar dari Selangor - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Amanah kemaruk kuasa, kata PAS selepas usul tendang keluar dari Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Amanah kemaruk kuasa, kata PAS selepas usul tendang keluar dari Selangor
link : Amanah kemaruk kuasa, kata PAS selepas usul tendang keluar dari Selangor

Baca juga


Amanah kemaruk kuasa, kata PAS selepas usul tendang keluar dari Selangor

 
Pentadbiran negeri seperti sekarang tidak berdepan masalah, kata pesuruhjaya PAS Selangor.


Sallehen-Mukhyi-21

PETALING JAYA: PAS hari ini membidas Amanah “kemaruk kuasa”, selepas parti serpihan PAS itu menggesa Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali menimbang semula kedudukannya dalam kerajaan negeri.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi turut mempersoalkan usul Amanah Selangor itu ketika tiada masalah dalam pentandbiran negeri.

“Bagi saya, itu bukan soal pilihan raya tetapi soal kemaruk kepada kuasa,” katanya kepada FMT.

Konvensyen Amanah Selangor semalam meluluskan usul supaya Azmin menimbang semula kedudukan PAS di negeri itu.

Usul itu dicadangkan oleh Ketua Amanah Ampang, Mohd Anuar Mohd Yusof dan diterima perwakilan tanpa bantahan.

Hari ini, Azmin berkata pihaknya menyerahkan kepada pemimpin pusat Amanah menangani gesaan itu.

Anuar berkata penglibatan PAS, yang bukan dalam Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP, Amanah dan PPBM, boleh membantutkan usaha gabugan itu memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sallehen menafikan dakwaan itu, sebaliknya berkata ia kerana kebimbangan terhadap pertandingan 3 penjuru.

“PKR pun tahu… kalau dia masuk bertanding di Selangor menjadikan 3 penjuru, memang tak akan menang, Amanah pun tak akan memang, dia pun tahu. Bukan sebab PAS,” katanya.

Beliau berkata PAS tidak akan berjumpa dengan Azmin bagi membincangkan usul Amanah itu.

“Kita pun tak nak ganggu menteri besar untuk urus kerajaan negeri dengan karenah politik macam itu.

“Kita nak supaya menteri besar selesa mentadbir kerajaan negeri seperti sekarang ini, kerana yang ada sekarang ini adalah mandat PRU13,” katanya.

Amanah ditubuhkan pada akhir 2015, oleh sekumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti.

“Amanah tak perlulah nak sibuk untuk menentukan urus tadbir kerajaan negeri ini. Kalau dia nak, tunggulah pilihan raya akan datang ini,” kata Sallehan.



Thus Article Amanah kemaruk kuasa, kata PAS selepas usul tendang keluar dari Selangor

Itulah artikel Amanah kemaruk kuasa, kata PAS selepas usul tendang keluar dari Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Amanah kemaruk kuasa, kata PAS selepas usul tendang keluar dari Selangor dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/amanah-kemaruk-kuasa-kata-pas-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Amanah kemaruk kuasa, kata PAS selepas usul tendang keluar dari Selangor"

Catat Ulasan

Loading...