Loading...

B-16 AFC: Anak buah Teong Kim benam Singapura

Loading...
B-16 AFC: Anak buah Teong Kim benam Singapura - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk B-16 AFC: Anak buah Teong Kim benam Singapura, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : B-16 AFC: Anak buah Teong Kim benam Singapura
link : B-16 AFC: Anak buah Teong Kim benam Singapura

Baca juga


B-16 AFC: Anak buah Teong Kim benam Singapura



B-16 AFC: Anak buah Teong Kim benam Singapura
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
 
KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun negara (B-16) membuka kempen Kelayakan Kejohanan B-16 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 dengan penuh bergaya apabila mudah membenam seteru seberang tambak, Singapura 6-1 di Stadium Wibawa Mukti, Bekasi, Indonesia, sebentar tadi.

Nyata skuad dibarisi pemain Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang mendapat banyak pengalaman beraksi di Eropah bukanlah tandingan sebenar Singapura selepas anak buah Lim Teong Kim itu mendahului 4-1 pada separuh masa pertama.

Kemenangan ini turut disifatkan sebagai amaran awal daripada skuad B-16 negara kepada pencabar lain betapa mereka kini sudah bersedia sepenuhnya untuk memberi cabaran, meskipun sudah layak ke saingan itu pada tahun hadapan atas tiket selaku tuan rumah.

Pada aksi terbabit, Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk merobek gawang Singapura apabila Luqman Hakim Shamsudin meledak gol pembukaan seawal minit ketiga, sebelum Harith Haiqal Adam Afkar melebarkan jurang pada minit ke-11.

Penyudah kemas Luqman sekali lagi membolehkan dia mencetak gol kedua peribadinya pada minit ke-17, namun Marc Ryan Tan mengurangkan defisit untuk menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-23.

Selepas dibolosi, Malaysia tidak mengendurkan asakan, sebaliknya terus mengekalkan corak menyerang dan membolehkan Muhammad Amirul Azzim Mohd Ruzki meledak gol keempat buat negara enam minit berselang.

Mengharungi babak kedua dengan kelebihan empat gol, anak buah Teong Kim belum puas dan terus bernafsu untuk menambah gol yang menyaksikan Ahmad Zikri Mohd Khalili meledak gol kelima Malaysia pada minit ke-55 sebelum Muhammad Firdaus Kaironissam melengkapkan malam gemilang Malaysia dengan gol keenam.

Malaysia akan meneruskan aksi kedua Kumpulan J bertemu Guam, Jumaat ini dan mereka seharusnya tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan terutamanya selepas Guam dibelasah 20-0 oleh Jepun.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE



Thus Article B-16 AFC: Anak buah Teong Kim benam Singapura

Itulah artikel B-16 AFC: Anak buah Teong Kim benam Singapura Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel B-16 AFC: Anak buah Teong Kim benam Singapura dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/b-16-afc-anak-buah-teong-kim-benam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "B-16 AFC: Anak buah Teong Kim benam Singapura"

Catat Ulasan

Loading...