Loading...

Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,621 setakat 8 pagi

Loading...
Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,621 setakat 8 pagi - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,621 setakat 8 pagi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,621 setakat 8 pagi
link : Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,621 setakat 8 pagi

Baca juga


Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,621 setakat 8 pagi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah terus mencatatkan peningkatan apabila 3,621 orang dipindahkan sehingga jam 8 pagi ini
 
Jumlah itu mencatatkan peningkatan seramai 182 orang berbanding malam tadi.  
 
Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah mangsa dipindahkan meningkat berikutan air dari hulu yang mengalir bertembung dengan air pasang besar.
 
Semua mangsa daripada 1,081 keluarga itu ditempatkan di 29 pusat pemindahan berbanding 22 pusat yang dibuka sebelum ini dan daripada jumah itu, 12 pusat dibuka di daerah Kota Setar.
 
Antaranya ialah Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, Alor Setar membabitkan 334 mangsa, PP SK Seri Gunung (180), PP SK Alor Mengkudu (117), PP Dewan Taman Sri Bagan (95), PP Surau Pondok Kepala Bukit (88), PP Surau Assyakirin, Kepala Batas (75) dan PP Masjid Kampung Lengkuas (46).
 
PP SK Bukit Pinang (40), PP Dewan Wawasan Kampung Kelompang (32), PP SK Suka Menanti (26), PP Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (13) dan PP SK Taman Aman seramai sembilan mangsa.
 
Sementara itu, mangsa banjir di daerah Kubang Pasu ditempatkan di tujuh pusat iaitu di PP Dewan Lubuk Batu (533), PP SMK Mahawangsa (469), PP Dewan Kubur Siam (303), PP Dewan Tokong Cina (167), PP SK Kodiang Lama (41), PP Dewan Manggol Malau (37) dan PP Dewan Kampung Lahar seramai 31 mangsa.
 
Di daerah Pokok Sena, enam pusat pemindahan adalah di PP SK Bukit Hijau dengan 437 mangsa, PP Madrasah Maahad Tarbiyah (166), PP Dewan Kampung Permatang Limau (35), PP Dewan Lubuk Keriang (34), PP Surau Kampung Menerong (18) dan PP Dewan Kampung Empa (16).
 
Di daerah Pendang, empat pusat pemindahan dibuka, yang menempatkan 165 mangsa di PP Pusat Rakan Sukan Guar Kepayang, PP Pusat Rakan Sukan Padang Pusing (55), PP Pusat Rakan Sukan Ayer Puteh (46) dan 13 mangsa di PP Pusat Rakan Sukan Bukit Raya.
 
 


Thus Article Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,621 setakat 8 pagi

Itulah artikel Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,621 setakat 8 pagi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,621 setakat 8 pagi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/banjir-kedah-jumlah-mangsa-meningkat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,621 setakat 8 pagi"

Catat Ulasan

Loading...