Loading...

Bekalan darah HTAR hampir kritikal

Loading...
Bekalan darah HTAR hampir kritikal - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bekalan darah HTAR hampir kritikal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bekalan darah HTAR hampir kritikal
link : Bekalan darah HTAR hampir kritikal

Baca juga


Bekalan darah HTAR hampir kritikal

SELANGOR KINI

darah


KLANG : Bekalan darah untuk kegunaan pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) hampir kritikal.

Pegawai Perubatan Transfusi Darah HTAR, Dr Sagunthala, berkata ia membabitkan semua jenis darah, lapor BH ONLINE.

“Bekalan darah sebenarnya bukan untuk keperluan HTAR sahaja, tetapi untuk keperluan beberapa hospital di daerah lain.

“Bekalan darah HTAR akan turut disalurkan ke Hospital Banting, Hospital Tengku Ampuan Jemaah di Sabak Bernam, Hospital Shah Alam dan Hospital Tanjong Karang.

“Kita memang perlukan banyak darah dan sebab itu kami banyakkan program derma darah dalam kawasan liputan HTAR. Kami juga menghubungi penderma tetap dan kerap untuk menderma.

“Selain mangsa kemalangan dan ibu bersalin, pesakit kanser darah juga memerlukan bekalan darah yang banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Kempen Derma Darah Unit Tabung Darah HTAR anjuran Jaksa Pendamai Klang, Kumpulan ACMAR @ Kelab Eksekutif Klang (KEC) dan Kelab Rotary Klang (KRC) di sini, hari ini.

Dr Sagunthala berkata, khuatir dengan tahap bekalan darah mendorong Unit Transfusi Darah HTAR bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi menganjurkan kempen derma darah.

“HTAR berusaha adakan kempen derma darah pada setiap hari di tempat berbeza menerusi kerjasama dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.SUMBER: BH ONLINE



Thus Article Bekalan darah HTAR hampir kritikal

Itulah artikel Bekalan darah HTAR hampir kritikal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bekalan darah HTAR hampir kritikal dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/bekalan-darah-htar-hampir-kritikal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bekalan darah HTAR hampir kritikal"

Catat Ulasan

Loading...