Loading...
Tajuk : Budak Enam Tahun Ditinggal Berseorangan Di Rumah Maut Jatuh Dari Tingkat 13
link : Budak Enam Tahun Ditinggal Berseorangan Di Rumah Maut Jatuh Dari Tingkat 13
Budak Enam Tahun Ditinggal Berseorangan Di Rumah Maut Jatuh Dari Tingkat 13
Gara-gara ditinggalkan berseorangan di rumah, seorang budak lelaki berusia enam tahun terjatuh dari tingkat 13 rumahnya.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di Blok 45 Menara Orkid, Sentul itu menyebabkan Muhammad Amrin Su Syuqron Ngah Mohd Suhaimi maut akibat kecederaan parah di kepala.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata, anggota polis bergegas ke sana sebelum menemui mangsa di laluan pejalan kaki di hadapan blok berkenaan.
“Ketika kejadian, mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik tinggal berseorangan di rumah berikutan dua adik beradiknya masih di sekolah.
“Bapanya didapati baru keluar rumah pada 3 petang manakala ibunya berniaga pisang goreng di hadapan menara itu,” katanya.
Kematian mangsa disahkan oleh seorang petugas ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Forensik HKL untuk dibedah siasat.
“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan kami ingin menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak – anak kecil bersendirian di rumah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku,” tambahnya.
Kes disiasat di bawah Sek 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 sekiranya ada unsur kecuaian ibu bapa atau penjaga.
Thus Article Budak Enam Tahun Ditinggal Berseorangan Di Rumah Maut Jatuh Dari Tingkat 13
Itulah artikel Budak Enam Tahun Ditinggal Berseorangan Di Rumah Maut Jatuh Dari Tingkat 13 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Budak Enam Tahun Ditinggal Berseorangan Di Rumah Maut Jatuh Dari Tingkat 13 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/budak-enam-tahun-ditinggal-berseorangan.html
0 Response to "Budak Enam Tahun Ditinggal Berseorangan Di Rumah Maut Jatuh Dari Tingkat 13"
Catat Ulasan