Loading...

Datuk Salor mengigau lagi

Loading...
Datuk Salor mengigau lagi - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Datuk Salor mengigau lagi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Datuk Salor mengigau lagi
link : Datuk Salor mengigau lagi

Baca juga


Datuk Salor mengigau lagi

 
 

 DATUK mengigau lagi. Dulu Datuk dakwa PAS terima RM90juta, 'saya ada bukti' kata Datuk. Tapi apabila Sarawak Report diminta buktikan RM90 juta itu di mahkamah, Datuk senyap membisu dan langsung tidak membantu. Barangkali bukti Datuk itu terselam dalam terowong lama di Kg Laut, Tumpat.

Kemudian Datuk mendakwa tiga penjuru tidak akan berlaku di Kelantan kerana Umno dan PAS tidak akan berlawan sesama sendiri. Realitinya, kedua-dua parti sedang sibuk menyusun jentera di Kelantan untuk menghadapi pilihan raya. Dakwaan Datuk benar benar yakin, 'percayalah kata saya', kasihan orang-orang yang percaya pada cerita rekaan Datuk ini.

Budak-budak yang menaiki motosikal 150 kuasa kuda itu bolehlah Datuk perdaya. Meletak sumbu pelita di dalam tangki motor dengan tujuan menjimatkan minyak benar benar idea lucu daripada Datuk, ia menyegarkan ruang politik yang tegang dengan sedikit bahan untuk ketawa. Cuma Datuk sedikit kalah jika dibandingkan Dato Him yang mendakwa dirinya umpama Christian Ronaldo.

Isu Bunga Cik Siti Wan Kembang yang ditanam di tanah orang itu tidak payahlah disebut-sebut, kerana semua tahu itu feel perangai Datuk, 'menggala' dahulu baru kenalpasti tuan tanah.

Justeru, bila Datuk menyebut retreat PAS di Pulau Pangkor membincangkan isu kerjasama Umno-PAS dan surat daripada bekas pimpinan PAS Pusat yang tidak setuju, ia terlalu spesifik dan sekali lagi membuktikan Datuk masih mengigau. Sebenarnya Datuk berbakat untuk mengarah sinetron bersiri di kaca televisyen.

Jika ada yang bertanya, kenapa Datuk jadi begini, jawabnya Datuk sendiri dimulakan langkah di parti jiran itu dengan cerita lucu '10 ADUN'. Bermula dengan kisah itu, ia akhirnya berangkai siri lawak jenaka sehinggalah buku politik Datuk ditutup sepenuhnya. Semoga apabila Datuk terjaga, pintu hati Datuk terbuka untuk bersama-sama perjuangan yang sebenar.



Thus Article Datuk Salor mengigau lagi

Itulah artikel Datuk Salor mengigau lagi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Datuk Salor mengigau lagi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/datuk-salor-mengigau-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Datuk Salor mengigau lagi"

Catat Ulasan

Loading...