Loading...
Tajuk : Hadiah Paling Bermakna Seumur Hidup, Selena Gomez Terima Buah Pinggang Sahabat
link : Hadiah Paling Bermakna Seumur Hidup, Selena Gomez Terima Buah Pinggang Sahabat
Hadiah Paling Bermakna Seumur Hidup, Selena Gomez Terima Buah Pinggang Sahabat
Selena Gomez mendedahkan dia telah menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabatnya Francia Raisa.
Selena, 25, yang mengalami radang buang pinggang berkata, dia amat menghargai pengorbanan Raisa yang sanggup berkorban untuknya.
Malah Selena turut berkongsi foto bersama Raisa terbaring bersebelahan katil hospital bagi menjalani rawatan berkenaan.
Selena memberitahu dia begitu terharu dan menghargai pengorbanan Raisa buat dirinya.
“Saya sedar ada para peminat mempersoalkan mengapa saya tidak mempromosikan muzik baru saya.
“Sebenarnya pada ketika itu saya diberitahu bahawa saya perlu mendapatkan pemindahan buah pinggang disebabkan penyakit Lupus yang saya hadapi.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan juga pasukan doktor yang menakjubkan kerana membantu saya sepanjang proses sebelum dan selepas pembedahan.
“Akhir sekali, tiada kata-kata yang dapat saya gambarkan atau ungkapkan kepada sahabat cantik saya, Francia Raisa di atas pengorbanan yang dilakukan olehnya.
“Dia telah memberikan hadiah yang tiada nilainya dengan menyumbangkan buah pinggangnya. Saya sangat sayangkan awak,” tulisnya.
Dalam pada itu, Selena juga turut berkongsi foto bersama Raisa yang sedang terbaring bersebelahan katil hospitalnya bagi menjalani rawatan berkenaan.
Selain bergelar model dan pelakon, Francia Raisa, 29, juga merupakan anak kepada personaliti radio, Renan Coello.
Foto: Instagram Selena Gomez
Thus Article Hadiah Paling Bermakna Seumur Hidup, Selena Gomez Terima Buah Pinggang Sahabat
Itulah artikel Hadiah Paling Bermakna Seumur Hidup, Selena Gomez Terima Buah Pinggang Sahabat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Hadiah Paling Bermakna Seumur Hidup, Selena Gomez Terima Buah Pinggang Sahabat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/hadiah-paling-bermakna-seumur-hidup.html
0 Response to "Hadiah Paling Bermakna Seumur Hidup, Selena Gomez Terima Buah Pinggang Sahabat"
Catat Ulasan