Loading...
Tajuk : Hanya Kerana Wang Ringgit, Wanita Ini Sanggup Kahwini Lapan Orang Lelaki
link : Hanya Kerana Wang Ringgit, Wanita Ini Sanggup Kahwini Lapan Orang Lelaki
Hanya Kerana Wang Ringgit, Wanita Ini Sanggup Kahwini Lapan Orang Lelaki
Seorang wanita yang didakwa berkahwin dengan lapan lelaki sebelum menghilangkan diri bersama wang hantaran sedang diburu polis Thailand.
Nammon atau Jariyaporn Buayai, 32, diburu polis selepas lapan lelaki membuat laporan mendakwa isteri mereka menghilangkan diri bersama wang hantaran selepas beberapa berkahwin.
Mangsa memberitahu bahawa mereka membayar wang hantaran 200,00 baht (RM25,611) hingga 500,000 baht (RM64,021) ketika berkahwin.
Prasarn Tiamyam, 32, seorang mangsa membuat memberitahu polis bahawa bekas isterinya menghilangkan diri selepas empat hari mereka berkahwin.
Dia yang baru sedar ditipu selepas terbaca satu kenyataan di Facebook yang memberi amaran kepada lelaki supaya berhati-hati dengan seorang wanita yang menipu untuk mendapat wang hantaran.
“Saya berkenalan dengan Nammon pada Februari 2015 dan berkahwin dengan wanita itu sembilan bulan kemudian selepas dia mendakwa hamil."
“Selepas empat hari berkahwin Nammon menghilangkan diri dan tidak lama selepas itu meminta cerai dengan alasan dia keguguran,” katanya lagi.
“Berkenalan dengan Nammon di Facebook dan memindahkan wang hantaran 500,000 baht ke akaun bank wanita itu Februari lalu.” kata mangsa yang tidak mahu dikenali.
Namun dia enggan melangsungkan majlis perkahwinan dengan alasan tukang tilik menyatakan tahun ini adalah tempoh malang untuk berkahwin.
Seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Wichit memberitahu, dia berhubung dengan tujuh lagi mangsa penipuan wanita itu dan berpakat membuat laporan polis.
Dia juga percaya mangsa wanita itu mungkin lebih ramai lagi kerana ada laporan dia berkahwin dengan lima lelaki lain pada Ogos lalu.
Sumber: Siakapkeli
Thus Article Hanya Kerana Wang Ringgit, Wanita Ini Sanggup Kahwini Lapan Orang Lelaki
Itulah artikel Hanya Kerana Wang Ringgit, Wanita Ini Sanggup Kahwini Lapan Orang Lelaki Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Hanya Kerana Wang Ringgit, Wanita Ini Sanggup Kahwini Lapan Orang Lelaki dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/hanya-kerana-wang-ringgit-wanita-ini.html
0 Response to "Hanya Kerana Wang Ringgit, Wanita Ini Sanggup Kahwini Lapan Orang Lelaki"
Catat Ulasan