Loading...
Tajuk : Harapan Norizan menggunung di Piala Asia
link : Harapan Norizan menggunung di Piala Asia
Harapan Norizan menggunung di Piala Asia
ARKIB : 20/12/2006
SHAH ALAM - Selepas mempamerkan aksi hambar pada Sukan Asia ke-15 di Doha, skuad bola sepak negara kembali memasang azam untuk memulihkan nama Malaysia pada Kejohanan Piala Asia di Thailand, Julai depan.
Apa yang pasti, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Norizan Bakar sekali lagi menggalas cabaran negara di kejohanan tersebut.
‘‘Perancangan dibuat untuk memastikan pemain bersedia lebih awal sebelum kejohanan bermula,’’ katanya ketika membentangkan rancangan persiapan skuad negara, pada Simposium Bola Sepak Antarabangsa Malaysia di sini, semalam.
Menurut Norizan, strategi tersebut dirancang berdasarkan mutu prestasi semasa skuad negara yang mana penilaian lebih memfokuskan kepada kelemahan dan kekuatan.
Katanya, pemain negara mempunyai kelebihan dari segi penguasaan teknik dan kepantasan ketika bermain, tetapi banyak yang perlu dilakukan bagi menjamin harapan tersebut dapat dicapai.
‘‘Pasukan negara akan memulakan sesi latihan bermula dari Disember ini hingga Julai tahun depan,’’ ujarnya
Norizan memberitahu, latihan lebih kepada meningkatkan kekuatan fizikal dan penguasaan teknik terbaru yang bakal menjadi senjata skuad negara dalam kejohanan Piala Asia.
‘‘Pasukan negara harus bersiap sedia dari sekarang, sekiranya mereka tidak cergas bagaimana mereka akan bersaing pada kejohanan itu nanti,’’ katanya.
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2wRKHRz
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Harapan Norizan menggunung di Piala Asia
Itulah artikel Harapan Norizan menggunung di Piala Asia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Harapan Norizan menggunung di Piala Asia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/harapan-norizan-menggunung-di-piala-asia.html
0 Response to "Harapan Norizan menggunung di Piala Asia"
Catat Ulasan