Loading...

Jadikan Anak Angkat, Datuk Seri Vida Cadang Bawa Mangsa Kebakaran Tunai Umrah

Loading...
Jadikan Anak Angkat, Datuk Seri Vida Cadang Bawa Mangsa Kebakaran Tunai Umrah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jadikan Anak Angkat, Datuk Seri Vida Cadang Bawa Mangsa Kebakaran Tunai Umrah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jadikan Anak Angkat, Datuk Seri Vida Cadang Bawa Mangsa Kebakaran Tunai Umrah
link : Jadikan Anak Angkat, Datuk Seri Vida Cadang Bawa Mangsa Kebakaran Tunai Umrah

Baca juga


Jadikan Anak Angkat, Datuk Seri Vida Cadang Bawa Mangsa Kebakaran Tunai Umrah


KUALA LUMPUR: Pengasas syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman, berhasrat untuk membawa 18 pelajar yang terbabit dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini, untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, berkata keputusan itu dibuat selepas menerima cadangan netizen apabila ditanya langkah yang perlu beliau ambil bagi menghilangkan kemurungan semua pelajar berkenaan.

"Saya ingin mengambil mereka sebagai anak angkat saya dan membawa mereka semua ke rumah saya di Ipoh, Perak selama sebulan untuk menghilangkan trauma dan menenangkan mereka selepas terbabit dalam kebakaran.

"Hanya mereka yang pernah terbabit dalam kejadian ini yang memahami dan saya sendiri pernah kehilangan anak saya yang terkorban dalam kebakaran dulu," katanya pada pemberita selepas melawat pusat tahfiz itu di sini malam ini bersempena sambutan Awal Muharam 1439H.

Beliau berkata lapan kakitangan pusat tahfiz itu akan turut serta mengerjakan umrah bersama mereka.

Selain pakej umrah itu, beliau juga bercadang untuk membawa semua mangsa untuk bercuti bagi merawat trauma mereka.

Khamis lalu, 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban akibat terperangkap di asrama dalam tragedi kebakaran 5.15 pagi. - BERNAMA


Thus Article Jadikan Anak Angkat, Datuk Seri Vida Cadang Bawa Mangsa Kebakaran Tunai Umrah

Itulah artikel Jadikan Anak Angkat, Datuk Seri Vida Cadang Bawa Mangsa Kebakaran Tunai Umrah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jadikan Anak Angkat, Datuk Seri Vida Cadang Bawa Mangsa Kebakaran Tunai Umrah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/jadikan-anak-angkat-datuk-seri-vida.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jadikan Anak Angkat, Datuk Seri Vida Cadang Bawa Mangsa Kebakaran Tunai Umrah"

Catat Ulasan

Loading...