Loading...

Jamaica uji skuad kebangsaan

Loading...
Jamaica uji skuad kebangsaan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jamaica uji skuad kebangsaan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jamaica uji skuad kebangsaan
link : Jamaica uji skuad kebangsaan

Baca juga


Jamaica uji skuad kebangsaan



ARKIB : 15/06/2007

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR – Skuad kebangsaan akan menentang Jamaica pada 28 Jun ini sebagai sebahagian daripada persediaan fasa terakhir menghadapi pusingan akhir bola sepak Piala Asia dari 7 hingga 29 Julai ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad berkata, anak buah Norizan Bakar akan menentang Jamaica yang pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia 1998 di Perancis dekat Stadium Petaling Jaya selepas menentang Kemboja (Isnin ini) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) (Khamis ini).

Sebagai rekod, Kemboja ialah pasukan yang ranking dunianya jauh di bawah Malaysia, malah tidak layak ke Kejohanan AFF (dulunya Piala Tiger) pada Januari lalu manakala UAE menganggotai Kumpulan B Piala Asia dengan juara bertahan, Jepun, Vietnam dan Qatar.

Sejarah menunjukkan Malaysia belum pernah menentang Jamaica atau digelar Reggae Boyz yang juga dilaporkan akan menentang dua lagi tuan rumah Piala Asia, Indonesia dan Vietnam dalam dua lagi perlawanan persahabatan di Jakarta dan Hanoi serta Iran di Tehran dalam bulan ini.

Kata Ibrahim, Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) sudah memohon untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kemboja dan UAE itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil biarpun pemiliknya, Perbadanan Stadium Merdeka berkeras untuk menutupnya sepanjang bulan ini demi menjaga keadaan padang.

Mengenai kegiatan promosi Piala Asia yang dianggap kurang giat dijalankan di Malaysia, kata beliau pada sidang akhbar selepas pelancaran dan pengundian Kejohanan Futsal Kebangsaan Felda-FAM di Dewan Perdana Felda, semalam: “Sedikit nasihat kepada AFC ialah Malaysia bukan masalah mereka.’’

Kelmarin, Setiausaha Agung AFC, Datuk Paul Mony Samuel berkata, sebahagian besar kegiatan promosi Piala Asia sebenarnya terletak di bahu FAM dan jawatankuasa penganjuran tempatan (LOC) Malaysia kerana negara ini merupakan salah satu daripada empat tuan rumah pusingan akhir itu.

Sehari sebelumnya, seorang pegawai FAM berkata, tangan mereka sudah terikat untuk menggiatkan promosi Piala Asia dan hanya berhak menjaga isu logistik seperti ketibaan pasukan, penginapan dan pengangkutan apatah lagi perlu menunggu arahan AFC selaku badan induk bola sepak Asia.

Ditanya sama ada FAM yakin sambutan penonton terhadap Piala Asia di Malaysia bakal sehangat penyokong bola sepak fanatik Thailand, Indonesia dan Vietnam, kata Ibrahim: “FAM akan merancang pelbagai kegiatan promosi dengan pelbagai pihak tetapi akhirnya terpulang kepada penonton untuk menghadiri perlawanan Piala Asia di sini, kami tidak boleh paksa mereka.’’

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2xEfOkW
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Jamaica uji skuad kebangsaan

Itulah artikel Jamaica uji skuad kebangsaan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jamaica uji skuad kebangsaan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/jamaica-uji-skuad-kebangsaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jamaica uji skuad kebangsaan"

Catat Ulasan

Loading...