Loading...

Jamal kembali dengan tukul besi desak Azmin banteras judi haram

Loading...
Jamal kembali dengan tukul besi desak Azmin banteras judi haram - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jamal kembali dengan tukul besi desak Azmin banteras judi haram, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jamal kembali dengan tukul besi desak Azmin banteras judi haram
link : Jamal kembali dengan tukul besi desak Azmin banteras judi haram

Baca juga


Jamal kembali dengan tukul besi desak Azmin banteras judi haram

 
'Sumber dalaman' Jamal di PBT serata Selangor memberitahu ada 37 lesen baharu dikeluarkan dan terdapat 50 permohonan lagi.
 
 
jamal-yunos-1


AMPANG: Gabungan NGO Malaysia mendesak kerajaan Selangor mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menarik balik semua lesen yang diberi kepada pusat hiburan keluarga yang menjalankan kegiatan judi haram, termasuk yang baru diluluskan baru-baru ini.

Pengerusi Datuk Seri Jamal Md Yunos pada sidang media di Ampang hari ini berkata “sumber dalaman” di pihak berkuasa tempatan di serata Selangor memberitahu ada 37 lesen baharu dikeluarkan dan terdapat 50 permohonan lagi.

“Ini bukan amaran tapi desakan. Tak mustahil jika ada sesuatu yang berlaku jika tidak dihentikan sekarang,” katanya.

Beliau bersama pimpinan NGO lain kemudian bergambar untuk media sambil menggayakan tukul panjang pada bahu masing-masing.

Menurut Jamal, tukul itu simbolik desakan mereka kepada pentadbiran Datuk Seri Azmin Ali yang mempunyai kuasa untuk mendesak PBT mengambil tindakan.

“Lesen tersebut diberi oleh pihak berkuasa tempatan,” kata Jamal.

“Rakyat Selangor sudah tidak percaya lagi dengan PBT kerana PBT dikawal oleh ahli majlis yang kerajaannya daripada Pakatan Harapan,” tambahnya.

Beliau memuji pihak berkuasa Sabak Bernam kerana berjaya menghapuskan kegiatan judi haram di daerah itu.

“Kenapa Sabak Bernam boleh dan bahagian-bahagina lain masih lagi beratus-ratus?” soal Jamal.

Usaha ini merupakan kesinambungan daripada kempen Jamal menentang kegiatan judi haram di Selangor sejak 2016. Beliau mendakwa pusat judi haram itu menyalahgunakan lesen pusat hiburan keluarga yang dikeluarkan PBT.

Beliau sebelum ini memberi amaran supaya kerajaan Selangor mengarahkan PBT membatalkan lesen pusat judi berkenaan atau berdepan tindakan “di luar batas undang-undang”.

Selepas menyampaikan peringatan itu Jamal menghayun penukul dan memecahkan sebuah meja.

“Kita percaya undang-undang tetapi (jika) undang-undang itu buta, tuli, pekak…kami yang celik, mendengar, melihat dan menjadi kewajipan kami selaku pemimpin-pemimpin NGO dalam Selangor ini untuk membanteras gejala yang dibuat oleh menteri besar,” katanya.

Februari lalu, Jamal ditahan reman bersama sembilan lain selepas “menyerbu” beberapa premis yang didakwa menjalankan kegiatan judi di Ampang, Selangor.

Peguamnya, Zamri Idrus, dilaporkan berkata satu laporan polis dibuat terhadap Jamal dan anak guamnya disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

LIHAT VIDEO DI SINI



Thus Article Jamal kembali dengan tukul besi desak Azmin banteras judi haram

Itulah artikel Jamal kembali dengan tukul besi desak Azmin banteras judi haram Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jamal kembali dengan tukul besi desak Azmin banteras judi haram dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/jamal-kembali-dengan-tukul-besi-desak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jamal kembali dengan tukul besi desak Azmin banteras judi haram"

Catat Ulasan

Loading...