Loading...

Jika Mat Sabu calon S'gor, PAS minta PKR henti rundingan kerusi

Loading...
Jika Mat Sabu calon S'gor, PAS minta PKR henti rundingan kerusi - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jika Mat Sabu calon S'gor, PAS minta PKR henti rundingan kerusi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jika Mat Sabu calon S'gor, PAS minta PKR henti rundingan kerusi
link : Jika Mat Sabu calon S'gor, PAS minta PKR henti rundingan kerusi

Baca juga


Jika Mat Sabu calon S'gor, PAS minta PKR henti rundingan kerusi

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR tidak perlu mengadakan rundingan kerusi di Selangor dengan PAS, sekiranya ura-ura Presiden Amanah, Mohamad Sabu akan diletakkan sebagai calon di negeri ini terbukti benar.
 
Itu respon Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi mengulas hasrat Amanah Selangor meletakkan Mohamad, atau Mat Sabu di Taman Templer.
 
Kerusi DUN Taman Templer yang terletak di Parlimen Selayang kini disandang oleh wakil rakyat PAS, Mohd Zaidy Abdul Talib yang juga merupakan exco kerajaan negeri.
 
"Saya tak nampak apakah keperluan Mat Sabu bertanding (di Taman Templer) bagi mengalahkan Umno-BN, sebab selama ini PAS bertanding. 
 
"Namun ia terpulang kepada perkiraan pimpinan PH untuk meletakkan (Mat Sabu) dimana-mana. 
 
"Saya percaya keputusan itu, jika benar untuk meletakkan di situ, bermakna PKR tidak perlu memanjangkan angan-angan untuk berbincang dengan PAS. Melainkan itu keputusan dengan sendirinya mengiyakan akan berlakunya pertandingan tiga penjuru di Selangor," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Terdahulu Amanah Selangor berhasrat meletakkan Mat Sabu di kerusi parlimen Kota Raja dan DUN Taman Templer sebagai calon PRU14 akan datang.
 
Parlimen Kota Raja disandang Siti Mariah Mahmud yang sebelum ini bertanding atas tiket PAS pada PRU13 dan kini menjadi salah seorang pemimpin Amanah. 
 
Ini bukan kali pertama ura-ura itu bertebaran sementelah Amanah Selangor pernah mencadangkan Mat Sabu mengetuai cabaran di negeri itu.
 
Usaha meletakkan Mat Sabu itu dikatakan sebagai mengukuhkan kedudukan parti itu di Selangor, dan berkemungkinan Amanah mahu menjadi pengganti PAS di dalam kerajaan negeri.
 
Bagaimanapun perkara ini bukanlah asing buat Mat Sabu, yang berasal dari Kedah, memandangkan beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri (1990), Kubang Kerian (1995) dan Kuala Kedah (1999).
 
Bekas timbalan presiden PAS itu gagal mempertahankan kedudukannya di Kuala Kedah pada pilihan raya 2004, malah tewas sebagai calon PAS di Kuala Terengganu dan Pendang pada pilihan raya 2008 dan 2013.
 
Malah merujuk kerusi Taman Templer, Sallehin masih yakin ia masih menjadi milik PAS dalam PRU14 memandangkan sokongan yang diterima oleh masyarakat bukan Islam juga masih baik.
 
"Dalam kajian kita mempunyai sokongan masyarakat Melayu yang tinggi, apa lagi jika berlaku PRU14 selepas persempadanan yang baru, bermakna undi orang Melayu akan meningkat di Taman Templer. 
 
"Malah hubungan Zaidy dengan masyarakat bukan Islam di Taman Templer akan beri kelebihan tambahan kepada PAS untuk memperolehi undi daripada mereka," kata Sallehin lagi.
 
Bagaimanapun Mat Sabu, dalam responnya semalam mendakwa Amanah masih belum mencapai keputusan dalam soal peletakan calon, namun mengakui hasrat Amanah Selangor itu.
 
 


Thus Article Jika Mat Sabu calon S'gor, PAS minta PKR henti rundingan kerusi

Itulah artikel Jika Mat Sabu calon S'gor, PAS minta PKR henti rundingan kerusi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jika Mat Sabu calon S'gor, PAS minta PKR henti rundingan kerusi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/jika-mat-sabu-calon-sgor-pas-minta-pkr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jika Mat Sabu calon S'gor, PAS minta PKR henti rundingan kerusi"

Catat Ulasan

Loading...