Loading...

Kalah tapi mencabar

Loading...
Kalah tapi mencabar - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kalah tapi mencabar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kalah tapi mencabar
link : Kalah tapi mencabar

Baca juga


Kalah tapi mencabar



ARKIB : 04/12/2006

DOHA – Cabaran Malaysia untuk mengintai peluang ke suku akhir acara bola sepak lelaki tertutup apabila seperti dijangka, kalah kepada pasukan pilihan, China 1-3 pada perlawanan kedua mereka dalam Kumpulan E di Stadium al-Arabi di sini malam tadi.

Malaysia, yang kalah dengan angka yang sama kepada Oman dalam perlawanan pertamanya minggu lepas, akan bertemu Iraq, Rabu ini untuk melengkapkan jadual manakala China semakin hampir untuk mara ke pusingan berikutnya selepas meraih enam mata.

China yang jelas memiliki kelebihan saiz fizikal menguasai hampir keseluruhan permainan dengan larian dan umpanan pantas yang membuatkan pemain-pemain negara sekadar mampu mengekori mereka.

Malaysia hanya mampu bertahan sementara China, yang menang 1-0 ke atas Iraq sebelum ini, kecewa pada awal permainan apabila beberapa peluang di depan gawang sama ada tersasar ataupun dikekang oleh ketangkasan Syed Adney Syed Hussain.

Peluang terbaik China mula hadir pada minit ke-17 tetapiZhu Ting menyepak tinggi dari hujung kawasan gol dan kemudian kecewa apabila Syed Adney melayangkan badan untuk menepis keluar tandukannya pada minit ke-25.

Namun, kesilapan kecil penjaga gol Selangor itu pada minit ke-41 membawa padah besar gagal menangkap kemas sepakan bebas ketua pasukan China, Zheng Zhi lantas Gao Lin menerpa untuk menyepak masuk gol pertama pasukannya.

Seminit kemudian, Syed Adney diuji pula oleh Feng Xiaoting yang memaksanya pantas merebahkan badan untuk menangkap percubaan deras pertahanan kiri itu.

Babak selepas rehat tiada bezanya malah pergerakan China nampak semakin kemas dan hanya memerlukan tujuh minit babak kedua untuk mendahului 2-0.

Gol berpunca dari umpanan jauh dari bahagian pertahanan yang ditanduk ke dalam kawasan gol oleh Zhu Ting untuk Gao Lin dengan tenang menyepak masuk.

Ketika China nampak semakin selesa dan mengambil peluang mereka secara sambil lewa, pemain tengah Telekom Melaka, Mohd. Hardi Jaafar mengejutkan mereka daripada lamunan apabila sepakan bebasnya dari jarak 25 meter melayang ke penjuru kanan gawang untuk menewaskan penjaga gol Wang Dalei bagi menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-66.

Ia adalah gol kedua Hardi di sini selepas menjaringkan gol tunggal Malaysia sewaktu menentang Oman.

China yang tersentak meningkatkan asakan dan menambah gol ketiga mereka empat minit kemudian.

MALAYSIA - Syed Adney Syed Hussain, Ronny Harun, Norhafiz Zamani Misbah, Ahmad Azlan Zainal, Mohd. Kaironnisam Shahabuddin, Safiq Rahim, Mohamad Hardi Jaafar, Mohd. Nor Farhan, Mohd. Khyril Muhaymeen Zambri, Saramsak Kram, Azlan Ismail

CHINA - Wang Dalei, Liu yu, Feng Xioting, Sun Xiang, Zhao Ming, Zheng Zhi, Chen Tao, Shen Longyuan, Zhou Haibin, Zhu Ting, Gao Lin

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2jerkh3
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Kalah tapi mencabar

Itulah artikel Kalah tapi mencabar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kalah tapi mencabar dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/kalah-tapi-mencabar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kalah tapi mencabar"

Catat Ulasan

Loading...