Loading...

Kebakaran bukan kerana litar pintas: Bomba

Loading...
Kebakaran bukan kerana litar pintas: Bomba - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kebakaran bukan kerana litar pintas: Bomba, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kebakaran bukan kerana litar pintas: Bomba
link : Kebakaran bukan kerana litar pintas: Bomba

Baca juga


Kebakaran bukan kerana litar pintas: Bomba

SINAR ONLINE

sad
Foto Sinar Harian Asril Aswandi
 
 
KUALA LUMPUR - Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini bukan berpunca daripada litar pintas.

Pengarahnya, Khirudin Drahman berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

"Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan 'tendang' dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

"Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap.

"Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Khirudin berkata, pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

"Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap," katanya.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban dalam kebakaran pada  5.15 pagi tadi.-Bernama



Thus Article Kebakaran bukan kerana litar pintas: Bomba

Itulah artikel Kebakaran bukan kerana litar pintas: Bomba Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kebakaran bukan kerana litar pintas: Bomba dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/kebakaran-bukan-kerana-litar-pintas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kebakaran bukan kerana litar pintas: Bomba"

Catat Ulasan

Loading...