Loading...
Tajuk : Kejutan Untuk Bapa! Elly Mazlein Hadiahkan Mercedes-Benz
link : Kejutan Untuk Bapa! Elly Mazlein Hadiahkan Mercedes-Benz
Kejutan Untuk Bapa! Elly Mazlein Hadiahkan Mercedes-Benz
Wow, beruntungnya bapa kepada penyanyi Elly Mazlein! Khabarnya Elly membuat kejutan dengan memberi hadiah sebuah kereta mewah Mercedes-Benz C200 untuk bapanya itu!
Harian Metro melaporkan hadiah tersebut diberikan oleh Elly selepas bapanya pulang dari menunaikan ibadah haji pada 4 Oktober nanti.
"Apa yang saya lakukan ini sangat kecil jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan abah selama ini. Sebagai anak saya tak mampu nak membalas jasa dan titik peluhnya.
"Pemberian ini sebagai tanda kasih sayang saya kepada abah. Kalau ikutkan banyak lagi perkara boleh dibuat, tetapi ini saja yang termampu. Bagi saya, tak salah jika nak berhabis untuk kedua ibu bapa kerana Allah akan kurniakan lebih banyak rezeki," ujarnya.
Katanya lagi, hadiah ini bukanlah bersempena hari jadi sebaliknya ia merupakan satu kejutan.
"Ini antara pemberian terbesar saya kepada abah. Sebelum ini ada juga yang lain, tapi tak perlu saya kongsikan. Hadiah ini bukan bersempena hari jadi atau apa, tapi sekadar kejutan.
"Ketika sambutan hari jadi abah lalu, saya menghadiahkannya percutian," katanya lagi.
Sumber: CARI
Thus Article Kejutan Untuk Bapa! Elly Mazlein Hadiahkan Mercedes-Benz
Itulah artikel Kejutan Untuk Bapa! Elly Mazlein Hadiahkan Mercedes-Benz Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kejutan Untuk Bapa! Elly Mazlein Hadiahkan Mercedes-Benz dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/kejutan-untuk-bapa-elly-mazlein.html
0 Response to "Kejutan Untuk Bapa! Elly Mazlein Hadiahkan Mercedes-Benz"
Catat Ulasan