Loading...

'Kepada Pemandu Kereta BMW Terbabit, Awak Sangat Biadab!'

Loading...
'Kepada Pemandu Kereta BMW Terbabit, Awak Sangat Biadab!' - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Kepada Pemandu Kereta BMW Terbabit, Awak Sangat Biadab!', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Kepada Pemandu Kereta BMW Terbabit, Awak Sangat Biadab!'
link : 'Kepada Pemandu Kereta BMW Terbabit, Awak Sangat Biadab!'

Baca juga


'Kepada Pemandu Kereta BMW Terbabit, Awak Sangat Biadab!'


BATU PAHAT, JOHOR - Viral video rakaman dashcam sebuah kereta Perodua Kenari kemalangan selepas keretanya hampir bertembung dengan sebuah kereta yang memotong secara berbahaya. 

Video yang dimuat naik oleh Nojahwati Sohaini di laman Facebooknya berkata, adiknya, Daus, menghadapi kemalangan, namun selamat. 

"Mujur adik saya selamat semalam. Kepada kereta (BMW hitam) berkenaan, awak sangat biadab! Awak buat adik saya seinci dengan kematian. 

"Saya nak viralkan apa yang awak dah buat. Moga kalau awak nampak tadi, awak sedar. Mana undang-undang yang awak pakai? Tak guna dapat lesen kalau camni cara pemanduan awak," katanya. 

Berdasarkan video berdurasi satu minit yang berlaku pada jam 3.59 petang Sabtu di Jalan Bandar Tenggara - Ulu Penggeli, Daus yang memandu kereta Perodua Kenari dalam perjalanan ke destinasi.


Secara tiba-tiba sebuah kereta BMW berwarna hitam yang tidak dapat dilihat dengan jelas nombor pendaftarannya itu cuba memotong lori di hadapannya, menyebabkan Daus terpaksa mengelak ke kiri sebelum terbabas dan melanggar penghadang besi di bahagian kanan jalan. 

Dalam masa yang sama, sebuah penunggang motosikal juga terpaksa brek dan sempat mengelak kereta mangsa yang termasuk ke laluannya itu. 






Menurut Nojahwati, jika tiada penghadang besi itu, kereta yang dipandu oleh adiknya bersama dengan rakannya itu mungkin terjunam ke dalam gaung. 

Sehingga kini, pemandu berkenaan masih bebas dan belum dapat dikesan. Netizen mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan.

Sumber: The Reporter


Thus Article 'Kepada Pemandu Kereta BMW Terbabit, Awak Sangat Biadab!'

Itulah artikel 'Kepada Pemandu Kereta BMW Terbabit, Awak Sangat Biadab!' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Kepada Pemandu Kereta BMW Terbabit, Awak Sangat Biadab!' dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/kepada-pemandu-kereta-bmw-terbabit-awak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Kepada Pemandu Kereta BMW Terbabit, Awak Sangat Biadab!'"

Catat Ulasan

Loading...