Loading...

Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas

Loading...
Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas
link : Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas

Baca juga


Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas

 
Ketua polis daerah Shah Alam berkata, wanita itu ditahan kira-kira 2 petang semalam, selepas pihaknya menerima 4 laporan polis berhubung dakwaan menipu melibatkan kerugian kira-kira RM20,000.

Shafien-Mamat-perancang-perkahwinan

SHAH ALAM: Pemilik butik perancang perkahwinan yang sebelum ini direman 2 hari bermula Khamis lalu di Klang, ditahan semula petang semalam bagi membantu siasatan terhadap 4 lagi laporan baharu yang dibuat ke atasnya di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira 2 petang semalam, sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan reman oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPD Shah Alam, selepas pihaknya menerima 4 laporan polis berhubung dakwaan menipu yang dikaitkan dengan suspek, melibatkan kerugian kira-kira RM20,000.

“Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada 8 malam hari sama selepas selesai siasatan, pasport antarabangsanya turut ditahan sebagai langkah mengelakkan dia melarikan diri ke luar negara,” katanya pada Majlis Korban sempena Hari Raya Aidiladha hari ini.

Shafien berkata, siasatan awal mendapati kebanyakan laporan polis ke atas pemilik butik
perkahwinan itu dibuat bakal pengantin yang membayar deposit kerana khuatir dengan perkhidmatan diberikan.

Ini berikutan tularnya video yang menunjukkan pejabat butik berkenaan diserbu pengantin yang tidak berpuas hati dengan khidmat diberikan.

“Saya jangka lebih ramai pelanggan suspek akan membuat laporan polis untuk menuntut kembali deposit mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya membuka 1 kertas siasatan berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat, serta boleh didenda jika sabit kesalahan.

Pada 31 Ogos lalu, Mahkamah Majistret Klang mengeluarkan perintah reman 2hari sehingga semalam ke atas suspek bagi membantu siasatan kes penipuan pakej perkahwinan membabitkan kira-kira 100 pasangan dan bakal pengantin dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM497,000.



Thus Article Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas

Itulah artikel Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/kes-tipu-pemilik-butik-ditahan-semula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas"

Catat Ulasan

Loading...