Loading...

Kita harap keajaiban hadapi Syria

Loading...
Kita harap keajaiban hadapi Syria - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kita harap keajaiban hadapi Syria, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kita harap keajaiban hadapi Syria
link : Kita harap keajaiban hadapi Syria

Baca juga


Kita harap keajaiban hadapi Syria



ARKIB : 16/05/2007
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
PENYERANG skuad Olimpik negara, Zaquan Adha Abdul Razak (kanan) menjadi sandaran utama untuk memburu gol dalam pertemuan hidup mati dengan Syria di Petaling Jaya, malam ini.

PETALING JAYA – Malaysia mengharapkan keajaiban apabila menghadapi Syria dalam usaha mencerahkan semula peluang yang semakin tipis ke pusingan akhir Kelayakan Olimpik, hari ini.

Berpegang kepada teori - ‘apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak’, jurulatih negara, B. Sathianathan, semalam beranggapan bahawa peluang anak buahnya masih ada biarpun situasi dan kedudukan mata sekarang kurang menyebelahi mereka.

‘‘Keajaiban boleh berlaku sebagaimana Malaysia yang boleh kalah kepada Hong Kong walaupun pada hakikatnya kita bermain lebih baik dan menguasai perlawanan (1-0 di Petaling Jaya pada 18 April lalu),” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Malaysia menduduki tempat ketiga kumpulan di belakang Jepun dan Syria dalam Kumpulan B selepas turut kalah 2-1 dan 3-1 kepada kedua-duanya sejak 28 Februari lalu selain meraih tiga mata dengan menumpaskan Hong Kong 1-0 di gelanggang lawan, Mac lalu.

Skuad belia negara perlu memenangi baki dua perlawanan ini untuk mara ke pusingan akhir sebagai naib juara kumpulan dan mengiringi Jepun yang sudah layak dengan 12 mata, sambil berharap keputusan kurang baik tiga lawan mampu membantunya.

Kata Sathianathan:‘‘Kali ini kami juga memiliki semula semua pemain yang terbaik kecuali (penyerang Samransak Kram yang tercedera) dan saya yakin anak buah saya menuju ke landasan yang tepat untuk tetap memburu kemenangan.

Kesilapan

‘‘Kami telah belajar daripada kesilapan lalu yang tidak sepatutnya dilakukan sehingga melepaskan gol mudah. Kami juga mahu mengatasi masalah terbesar iaitu gagal menjaringkan gol yang lebih banyak,” katanya.

Sathianathan merujuk khusus kepada dua gol mudah Syria di Damsyik lalu akibat kesilapan dua anak buahnya (termasuk hatrik Mohammed Ebrhim) biarpun Malaysia yang melancarkan banyak serangan di sebalik cuma menggunakan seorang penyerang, Azril Hamid.

‘‘Analisis saya selepas empat perlawanan kumpulan ini membayangkan Syria masih mampu diatasi asalkan corak permainan kita sebaik ketika menentang Jepun (di Petaling Jaya pada 14 April lalu) sekalipun kita kalah 2-1,” tegas beliau.

Katanya, tanpa Samransak yang tercedera ketika Liga Malaysia, penyerang remaja Negeri Sembilan, Zaquan Adha Razak akan diberi

kepercayaan untuk memburu gol skuad negara sambil bergandingan dengan Azril atau Norshahrul Idlan Talaha.

Sementara itu, pegawai Persatuan Bola Sepak Syria, Turki Yasin berkata, mereka akan mencuba habis-habisan untuk menang malah masih menganggap perlawanan ini penting bagi mara ke pusingan akhir selepas mengutip enam mata.

‘‘Kami benar-benar mahu menang biarpun cukup menyedari Malaysia masih mempunyai peluang untuk turut ke pusingan akhir,” katanya.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2xPD9j5
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Kita harap keajaiban hadapi Syria

Itulah artikel Kita harap keajaiban hadapi Syria Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kita harap keajaiban hadapi Syria dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/kita-harap-keajaiban-hadapi-syria.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kita harap keajaiban hadapi Syria"

Catat Ulasan

Loading...