Loading...

Kita tumbang di pembukaan

Loading...
Kita tumbang di pembukaan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kita tumbang di pembukaan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kita tumbang di pembukaan
link : Kita tumbang di pembukaan

Baca juga


Kita tumbang di pembukaan



ARKIB : 30/11/2006

PEMAIN Oman, Mohamed Rabia Jamaan Al Noobi berusaha melepasi pemain Malaysia, Mohamad Hardi Jaafar (kanan) dan Norhafiz Zamani Misbah (tengah) dalam aksi Kumpulan E acara bola sepak Sukan Asia ke-15 di Stadium Al-Arabi, Doha, semalam. Oman menang 3-1.

DOHA – Skuad bola sepak negara bermula dengan nota kecewa pada perlawanan pembukaan mereka di peringkat Kumpulan E apabila tewas 3-1 kepada Oman di Stadium Al-Arabi di sini malam tadi.

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut skuad negara dalam dua Sukan Asia setelah tumpas 1-0 kepada pasukan dari Teluk itu di Busan pada 2002.

Malaysia ketinggalan 1-0 pada babak pertama setelah pemain pertahanan negara, Ahmad Azlan Zainal menyepak bola masuk ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola hasil satu hantaran lintang pemain Oman.

Malaysia mengubah rentak apabila permainan bersambung ke babak kedua bagaimanapun masih menyebelahi Oman buat kali kedua apabila penyerang Ibrahim Ghailani melonjak tinggi di celah asakan pertahanan negara untukmenanduk umpanan lintang sayap kanan Fawzi Doorbeen pada minit ke-57.

Skuad negara menggandakan kepantasan rentak permainan dan Oman mula dipaksa bertahan namun benteng mereka retak pada minit ke-61 apabila pemain Telekom Melaka, Hardi mengawal kemas umpanan lintang Saramsak Kram dari kanan untuk merembat masuk dari jarak dekat.

Namun bahang kebangkitan pemain-pemain negara tidak bertahan lama apabila mereka kembali kepada bertahan dan diasak ketika permainan menuju penghujung minit dan Oman menjadikan kedudukan 3-1 apabila Badar Maimani menyepak masuk dari jarak dekat pada minit ke-88.

– Utusan

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2jg0zJ8
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Kita tumbang di pembukaan

Itulah artikel Kita tumbang di pembukaan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kita tumbang di pembukaan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/kita-tumbang-di-pembukaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kita tumbang di pembukaan"

Catat Ulasan

Loading...